BERITA TERKINI   Saifuddin Nasution akan menjalankan tugas Timbalan Presiden PKR sementara- Fahmi | MPP PKR setuju Nurul Izzah cuti sementara jawatan Timbalan Presiden selepas Kongres Nasional 2026 - Fahmi | Kerajaan mulakan semakan tamat tempoh duti anti-lambakan ke atas import gegelung keluli pra-cat, dicat atau bersalut warna dari China dan Vietnam - MITI | Pengenalan fokus tambahan itu selaras dengan RMK13, tingkat kompleksiti ekonomi, perkukuh industri berpertumbuhan tinggi serta hasilkan lebih banyak produk dan perkhidmatan Made by Malaysia - Akmal Nasir | KL20 2026 akan berlangsung di Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur dengan kerjasama rakan kolaborasi strategik utama - Akmal Nasir | 

Kerajaan Mulakan Kajian Semula Tamat Tempoh Duti Anti-Lambakan Import gegelung Keluli China, Vietnam

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kerajaan telah memulakan kajian semula tamat tempoh terhadap pengenaan duti anti-lambakan bagi import gegelung keluli yang dipracat, dicat atau disalut warna (dagangan subjek) yang berasal atau dieksport dari China dan Vietnam, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Menurut MITI dalam kenyataan hari ini, kajian semula itu dimulakan berdasarkan permohonan difailkan CSC Steel Sdn Bhd, yang mewakili industri tempatan atas alasan penamatan duti itu berkemungkinan menyebabkan lambakan, dan kemudaratan akan berterusan atau berulang kepada pengeluar tempatan.

Menurutnya kerajaan telah mempertimbangkan permohonan dan maklumat yang dikemukakan, dan memutuskan untuk memulakan kajian semula tamat tempoh duti anti-lambakan ke atas import dagangan subjek dari China dan Vietnam selaras dengan subseksyen 28C(6) Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 (Akta 504) dan peraturan 34 Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994 (Peraturan).

Ad Banner

MITI memaklumkan penentuan muktamad bagi kajian semula pentadbiran akan dibuat dalam tempoh 180 hari dari tarikh permulaan.

Menurutnya kerajaan telah menetapkan tempoh semakan bagi penyiasatan ini bermula 1 Jan 2025 sehingga 31 Dis 2025.

Kementerian memaklumkan, semua penyerahan maklumat dan maklum balas soal selidik hendaklah dibuat secara elektronik melalui Sistem Pengurusan Siasatan Remedi Perdagangan (TRIMA), yang boleh diakses di https://traderemedies.miti.gov.my.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pihak berkepentingan yang berkenaan hendaklah memberikan pandangan secara bertulis, jawapan soal selidik dan bukti sokongan tambahan kepada MITI secara elektronik sebelum atau pada 17 Ogos 2026.

Menurut MITI, sekiranya pihak berkepentingan tidak memberikan maklumat diperlukan atau maklumat dan pandangan tidak diterima dalam bentuk yang memadai dalam had masa yang ditetapkan, kerajaan boleh membuat penentuan awal dan penentuan muktamad berdasarkan fakta sedia ada selaras seksyen 41 Akta 504.

-- BERNAMA