BERITA TERKINI   Agong titah siasatan berhubung Laporan RCI TH dilaksanakan secara menyeluruh, tiada kompromi mana-mana pihak yang didapati bersalah | Aspek keselamatan di pintu masuk negara perlu sentiasa diperkasa menerusi penguatkuasaan lebih berkesan, pemantauan berterusan - Agong | Perkukuh kawalan keselamatan di semua lapangan terbang, pintu masuk negara bendung jenayah rentas sempadan - Agong | 25 titik panas dikesan seluruh negara, 22 di Sarawak, dua Selangor dan satu di Terengganu - JAS | Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan telah diaktifkan - JAS | 

Bursa Malaysia Dijangka Cenderung Meningkat Minggu Depan

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatat dagangan dengan kecenderungan meningkat minggu depan berikutan pelabur terus menilai perkembangan geopolitik luaran dan keadaan ekonomi domestik yang berdaya tahan, menurut penganalisis.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata persekitaran kadar faedah Malaysia yang stabil, permintaan domestik yang berdaya tahan dan perbelanjaan berterusan bagi projek infrastruktur dijangka terus menyokong sentimen pelabur.

Ad Banner

"Walaupun perkembangan geopolitik dan kenaikan harga minyak mungkin menyebabkan ketidakstabilan pasaran terus meningkat, belian saham pada harga rendah dijangka berlaku disebabkan kelemahan pasaran.

"Sehubungan itu, kami menjangkakan Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) terus bergerak stabil dengan kecenderungan meningkat pada lingkungan 1,720 hingga 1,750 minggu depan," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Pengarah Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI dijangka terus dipengaruhi oleh perkembangan luaran, apabila pelabur memantau rapat laporan senarai gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS) bagi Julai untuk mendapatkan petunjuk baharu mengenai hala tuju dasar Rizab Persekutuan (Fed) AS.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata laporan pekerjaan yang menepati atau lebih rendah daripada jangkaan pasaran akan mengukuhkan jangkaan penurunan kadar faedah pada September, sekali gus menyokong minat pelabur terhadap aset berisiko global, aliran masuk dana asing serta ekuiti Malaysia.

"Sebaliknya, pasaran buruh AS yang lebih kukuh daripada jangkaan berupaya mendorong hasil bon Perbendaharaan AS dan nilai dolar AS meningkat, sekali gus mencetuskan aktiviti pengambilan untung di pasaran serantau termasuk Bursa Malaysia," katanya.

Secara keseluruhan, Mohd Sedek menjangkakan ketidaktentuan pasaran kekal tinggi minggu depan berikutan pelabur menilai keputusan berdasarkan gabungan faktor seperti laporan pasaran buruh AS, data makroekonomi China serta perkembangan geopolitik yang terus berubah di Asia Barat.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI menokok 10.85 mata kepada 1,735.75 daripada 1,724.90 pada minggu sebelumnya.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 82.46 mata kepada 12,834.25, Indeks FBM Top 100 menokok 75.09 mata kepada 12,660.20, Indeks FBM Emas Shariah naik 66.94 mata kepada 12,663.23, Indeks FBM Mid 70 meningkat 90.73 mata kepada 18,226.52 dan Indeks FBM ACE melonjak 105.27 mata kepada 5,079.95.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 88.89 mata kepada 20,416.53, Indeks Perladangan melonjak 252.51 mata kepada 9,541.08, manakala Indeks Tenaga rendah 7.33 mata kepada 758.39, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.74 mata kepada 188.0

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 16.22 bilion unit bernilai RM15.34 bilion daripada 14.37 bilion unit bernilai RM13.12 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menokok kepada 8.26 bilion unit bernilai RM12.71 bilion berbanding 7.06 bilion unit bernilai RM11.63 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 5.33 bilion unit bernilai RM710.62 juta berbanding 4.95 bilion unit bernilai RM650.82 juta minggu lepas.

Jumlah dagangan Pasaran ACE naik kepada 2.61 bilion unit bernilai RM913.58 juta berbanding 2.30 bilion unit bernilai RM832.72 juta pada minggu sebelumnya.

-- BERNAMA