Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah
KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Selasa.
Pada 9.40 pagi, kontrak September 2026 susut 5.5 mata kepada 1,654.5, Oktober 2026 turun lima mata kepada 1,653.5, Disember 2026 berkurangan empat mata kepada 1,661.5, manakala Mac 2027 susut 1.5 mata kepada 1,649.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,801 lot, manakala jumlah kepentingan terbuka berjumlah 43,042 kontrak.
Pada 9.43 pagi, FBM KLCI meningkat 0.35 mata kepada 1,667.29 daripada 1,666.94 ketika ditutup pada Isnin.
-- BERNAMA