BERITA TERKINI   Syarat 30 peratus ekuiti Bumiputera tidak lagi dikenakan kepada pengendalli institusi pendidikan swasta (IPS) - KPM | Lelaki ditahan disyaki campak anak saudaranya berusia lima tahun ke dalam sungai di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor - Polis | Kanak-kanak perempuan lima tahun ditemukan maut dipercayai dicampak ke sungai di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor. - Polis | Pada 6 petang ini, ringgit mengukuh kepada 4.0755/4.0800 berbanding dolar Amerika Syarikat daripada 4.0795/0840 pada Jumaat lepas | 

Kelington, Tata Electronics Bekerjasama Percepat Operasi Kilang Fabrikasi Semikonduktor Dholera

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Penyedia penyelesaian kejuruteraan bersepadu Kelington Group Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan perintis sektor pembuatan elektronik dan semikonduktor India Tata Electronics untuk bekerjasama mempercepat kesediaan operasi kemudahan fabrikasi Tata di Dholera, Gujarat.

Kelington dalam makluman kepada Bursa Malaysia memaklumkan kerjasama itu antara lain akan menyokong penyediaan infrastruktur kritikal dan sistem yang diperlukan bagi pembuatan semikonduktor.

Kerjasama itu akan membolehkan Tata Electronics mempercepat kesediaan operasi kemudahan itu bagi pengeluaran wafer silikon.

Ad Banner

“Kerjasama itu juga akan meneroka pembangunan bakat tempatan serta keupayaan kejuruteraan dalam reka bentuk dan pembinaan termaju di India,” menurutnya.

Kerjasama itu mencerminkan komitmen bersama kedua-dua syarikat dalam menyokong perkembangan keupayaan pembuatan semikonduktor India yang semakin berkembang selain pemangkin penting bagi memastikan projek kilang fabrikasi Dholera dapat dilaksanakan mengikut jadual.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan Tata Electronics Dr Randhir Thakur berkata pembinaan kilang fabrikasi semikonduktor memerlukan kerjasama merentasi ekosistem rakan kongsi yang luas dan kepakaran teknikal yang mendalam.

Ad Banner

Beliau berkata sambungan peralatan adalah elemen kritikal dalam mewujudkan persekitaran kilang fabrikasi yang boleh dipercayai, cekap dan berprestasi tinggi, sekali gus membolehkan integrasi peralatan yang canggih itu beroperasi dengan lancar serta menyokong kecemerlangan operasi sejak mula beroperasi.

“Kami akan mewujudkan persekitaran pembuatan semikonduktor bertaraf dunia yang menyumbang kepada hasrat India dalam industri semikonduktor selain mencapai matlamat kami untuk memastikan penghantaran cip berkualiti tinggi kepada pelanggan global mengikut jadual,” kata Randhir.

Sementara itu, CEO Kelington Lim Seng Chuan berkata kerjasama yang dicadangkan untuk kemudahan Tata Electronics di Dholera dirangka untuk memenuhi keperluan yang ketat dalam industri pembuatan semikonduktor.

"Kerjasama ini akan menyokong pembangunan infrastruktur kritikal bagi kemudahan Dholera dan menyumbang kepada pertumbuhan industri semikonduktor India," katanya.

Kemudahan pembuatan cip di Dholera menjadi antara komponen utama dalam usaha Tata Electronics bagi pembuatan semikonduktor.

Dengan pelaburan yang dirancang berjumlah US$11 bilion, kilang fabrikasi berukuran 12 inci (300 milimeter) itu akan mengeluarkan produk semikonduktor untuk pelbagai aplikasi termasuk sektor automotif, peranti mudah alih dan kecerdasan buatan untuk pelanggan domestik dan global. 

-- BERNAMA