BERITA TERKINI   Lelaki ditahan disyaki campak anak saudaranya berusia lima tahun ke dalam sungai di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor - Polis | Kanak-kanak perempuan lima tahun ditemukan maut dipercayai dicampak ke sungai di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, Johor. - Polis | Pada 6 petang ini, ringgit mengukuh kepada 4.0755/4.0800 berbanding dolar Amerika Syarikat daripada 4.0795/0840 pada Jumaat lepas | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin seiring dengan prestasi pasaran tunai pendasar. 

Kontrak September 2026 meningkat 17 mata kepada 1,660.0, Oktober 2026 dan Disember 2026 masing-masing naik 16 mata kepada 1,658.5 dan 1,665.5, dan kontrak Mac 2027 mengukuh 15 mata kepada 1,650.5.

Jumlah dagangan meningkat 10,117 lot daripada 7,670 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 51,310 kontrak daripada 48,164 sebelumnya.  

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 1.38 mata atau 0.08 peratus kepada 1,666.94 berbanding 1,665.56 ketika ditutup pada Jumaat. 

-- BERNAMA

 

Ad Banner