BERITA TERKINI   Agong titah siasatan berhubung Laporan RCI TH dilaksanakan secara menyeluruh, tiada kompromi mana-mana pihak yang didapati bersalah | Aspek keselamatan di pintu masuk negara perlu sentiasa diperkasa menerusi penguatkuasaan lebih berkesan, pemantauan berterusan - Agong | Perkukuh kawalan keselamatan di semua lapangan terbang, pintu masuk negara bendung jenayah rentas sempadan - Agong | 25 titik panas dikesan seluruh negara, 22 di Sarawak, dua Selangor dan satu di Terengganu - JAS | Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan telah diaktifkan - JAS | 

Pasaran Getah Bergerak Dalam Jajaran Kecil Minggu Hadapan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka kekal dalam jajaran kecil pada minggu hadapan berikutan ketidaktentuan geopolitik dan perbincangan tarif yang diperbaharui telah menjejaskan minat belian global.

Persatuan Pengilang-Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) memberitahu Bernama, walaupun pasaran hadapan serantau mencatatkan keuntungan minggu ini selepas menerima petunjuk ekonomi positif dari Amerika Syarikat (AS) dan China, ketegangan yang berterusan di Asia Barat akan terus melemahkan sentimen pasaran.

Ad Banner

Seorang peniaga yang turut berkongsi pandangan dengan MARGMA berkata peserta pasaran juga dijangka memantau dengan teliti perkembangan konflik AS-Iran, yang mampu mencetuskan ketidaktentuan dalam pasaran komoditi selain keadaan cuaca di negara-negara pengeluar utama.

"Selain itu, perhatian akan tertumpu pada data gaji AS yang dijangka akan mempengaruhi dasar monetari AS, perkembangan perdagangan global di tengah-tengah cadangan tarif AS ke atas rakan dagangan utama.

"Indikator ekonomi utama daripada negara pengguna getah seperti China dan AS dijangka kekal sebagai pemacu utama sentimen pasaran getah dalam tempoh terdekat," katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Sementara itu, pakar industri Denis Low berkata pasaran getah dijangka diniagakan pada arah aliran yang lemah minggu hadapan, dengan penawaran menjadi lebih banyak berbanding permintaan, memberikan harga yang cenderung ke arah neutral.

"Komoditi itu bertahan agak baik dengan bekalan dan permintaan berada dalam keadaan yang seimbang. Walaupun terdapat ribut petir dan hujan lebat secara berkala di beberapa kawasan pengeluar getah seperti yang dijangkakan dalam tempoh peralihan antara monsun, keadaan ini masih boleh diuruskan. 

“Pembelian terutamanya adalah untuk menambah dan bukan bersifat spekulatif, ini mewujudkan pasaran yang stabil," katanya.

Dari Jumaat ke Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia bagi SMR 20 meningkat RM17 kepada RM909 sekilogram, manakala lateks pukal turun empat sen kepada 691.5 sen kilogram.

-- BERNAMA