BERITA TERKINI   Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Abdul Rahman Hamid meninggal dunia hari ini - Presiden PVRTM | Ewon Benedick kekal Presiden UPKO bagi penggal 2026-2029 | Wong Chen umum letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini | PM Anwar kini jalani rawatan fisioterapi, pastikan proses pemulihan berjalan baik - Ketua Pasukan Perubatan PM | PM Anwar selamat jalani pembedahan laparoskopi secara elektif, rawat hernia perut - Ketua Pasukan Perubatan PM | 

JV MN Holdings Peroleh Kontrak RM122.31 Juta Daripada TNB

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh MN Holdings Bhd, MN Utilities Engineering Sdn Bhd memperoleh kontrak kerja bernilai RM122.31 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerusi usaha sama (JV) tidak diperbadankan dengan Pembinaan Tajri Sdn Bhd (PTSB).

MN Holdings memaklumkan dalam pemfailan di Bursa Malaysia hari ini bahawa kontrak itu melibatkan pemasangan kabel bawah tanah litar berkembar 132 kilovolt (kV) baharu, masing-masing berkapasiti 180 megavolt ampere (MVA), dari Pencawang Masuk Utama (PMU) Tasek Gelugor ke PMU Bertam.

"Kontrak itu berkuat kuasa pada 10 Ogos 2026 dan tempoh siap ialah 450 hari dari tarikh permulaan kerja.

Ad Banner

"PTSB akan bertindak sebagai peneraju projek antara pihak-pihak berkenaan, manakala semua pihak bertanggungjawab secara bersama dan berasingan terhadap kontrak itu, termasuk pelaksanaan dan penyiapan kerja dalam tempoh kontrak," menurutnya.

MN Holdings memaklumkan kontrak itu tidak memberi kesan terhadap modal saham terbitan atau pegangan saham pemegang saham utama syarikat.

"Bagaimanapun, kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan dan aset bersih sesaham syarikat selepas kontrak berkenaan dimulakan," menurutnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Sementara itu, Pengarah Urusan MN Holdings Datuk Clement Toh berkata kejayaan memperoleh kontrak itu mengukuhkan lagi peranan syarikat dalam menyokong infrastruktur penghantaran tenaga elektrik Malaysia.

"Kontrak ini mencerminkan keyakinan terhadap keupayaan kami untuk melaksanakan kerja utiliti bawah tanah dan infrastruktur tenaga kritikal, khususnya projek yang memerlukan kepakaran teknikal serta disiplin pelaksanaan yang tinggi.

"Kontrak ini juga menambah rekod prestasi kami dalam melaksanakan kerja infrastruktur penting untuk ekosistem tenaga negara," katanya.

-- BERNAMA