BERITA TERKINI   Tiga individu termasuk nenek tiri ditahan kes bunuh cucu perempuan berusia satu tahun empat bulan di Kota Tinggi pada 2 Ogos - Ketua Polis Johor | 

MBSB IB Tingkat Jangkaan Pertumbuhan IPI 2026 Kepada 4.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) telah menyemak unjuran pertumbuhan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) 2026 lebih tinggi kepada 4.0 peratus berbanding 3.4 peratus yang dibuat pada 2025 selepas prestasi pengeluaran mengukuh daripada jangkaan pada separuh pertama 2026.

Bank itu melalui satu nota berkata pertumbuhan teguh pada suku kedua 2026 adalah sejajar (dengan peningkatan permintaan luaran dan kenaikan berterusan membabitkan permintaan dalam negeri.

“Untuk separuh kedua 2026, kami mengunjurkan aktiviti pengeluaran akan terus melonjak tetapi kadar pengembangan akan berada pada tahap yang lebih normal.

Ad Banner

“Secara keseluruhan, kami meramalkan permintaan akan berterusan untuk produk elektrik dan elektronik (E&E) selain permintaan domestik yang mencerminkan daya tahan, aktiviti pelaburan yang berterusan juga dijangka mengekalkan pengeluaran pembuatan dan penjanaan tenaga pada trajektori yang menaik,” katanya.

Risiko menurun kekal, terutamanya daripada faktor luaran seperti gangguan bekalan yang berpanjangan, kos input yang tinggi, permintaan luaran yang lebih lemah dan dasar perdagangan global yang lebih ketat, tambahnya.

Jabatan Perangkaan (DOSM) hari ini melaporkan bahawa IPI meningkat sebanyak 6.5 peratus dari tahun ke tahun pada Jun 2026, meneruskan momentum positif di semua sektor.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Ia berkata sektor pembuatan terus memacu pertumbuhan keluaran, mencatat pengembangan 7.3 peratus, diikuti peningkatan 6.7 peratus dalam sektor elektrik berbanding 4.8 peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya, manakala pengeluaran perlombongan menokok 3.1 peratus daripada 19.8 peratus yang disaksikan semasa Mei 2026.

Dari bulan ke bulan, IPI melonjak 5.5 peratus daripada 1.4 peratus yang dicatatkan pada Mei 2026.

 

-- BERNAMA