BERITA TERKINI   Indeks Harga Rumah Malaysia pada separuh pertama 2026 dicatatkan pada 234.7 mata, purata harga RM506,317 seunit - Amir Hamzah | 27,832 unit kediaman baharu telah dilancar dengan prestasi jualan 16.6 peratus pada separuh pertama 2026 - Amir Hamzah | Pasaran harta tanah kekal berdaya tahan dengan 187,320 transaksi bernilai RM105.12 bilion pada separuh pertama 2026 - Amir Hamzah | Indeks Harga Rumah Malaysia pada suku pertama 2026 dicatatkan pada 234.7 mata, purata harga RM506,317 seunit - Amir Hamzah | 27,832 unit kediaman baharu telah dilancar dengan prestasi jualan 16.6 peratus pada suku pertama 2026 - Amir Hamzah | 

Ringgit Kebanyakannya Mengukuh Berbanding Mata Wang Utama, Kecuali Dolar AS

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Selasa dengan mengukuh berbanding kebanyakan mata wang utama dunia, kecuali dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang pengumuman data inflasi utama negara maju berkenaan.

Pada 6 petang ini, ringgit susut ke paras 4.0905/0940 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0885/0930, semalam.

Ad Banner

Mengulas prestasi itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pengumuman data Indeks Harga Pengguna AS (IHP) AS pada esok akan menjadi faktor penunjuk penting bagi pasaran mendapatkan hala tuju penetapan kadar faedah AS.

Data itu serta maklumat pasaran tenaga kerja AS yang diunjur kurang memberangsangkan, turut membayangkan bahawa inflasi dipacu permintaan, berkemungkinan bukan sumber utama terhadap tekanan harga, katanya.

“Berikutan itu, langkah memperketat dasar monetari bukanlah tindakan sewajarnya bagi menurunkan kadar inflasi AS kepada dua peratus sepertimana disasarkan,” katanya kepada Bernama.

Ad Banner
Ad Banner

Pada penutup urus niaga hari ini, ringgit kebanyakannya mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Ini termasuk naik berbanding yen Jepun kepada 2.5680/5703 daripada 2.5736/5766 yang dicatatkan semalam dan mengukuh berbanding euro kepada 4.7188/7228 daripada 4.7247/7299 namun susut berbanding pound Britain kepada 5.5238/5285 daripada 5.5170/5231, sebelum ini.

Selain itu, ringgit turut meningkat berbanding mata wang serantau.

Berbanding dolar Singapura, ringgit naik kepada 3.1930/1962 daripada 3.1961/2002 semalam dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.3323/3481 daripada 12.3894/4079.

Ringgit juga tinggi berbanding peso Filipina kepada 6.68/6.69 daripada 6.73/6.74 dan naik berbanding rupiah Indonesia ke paras 229.0/229.3 daripada 230.2/230.6 .

-- BERNAMA