BERITA TERKINI   Masalah kewangan TH mungkin dapat dibendung lebih awal jika amaran BNM ditangani sewajarnya sejak 2014 - Zulkifli | Kerajaan tegaskan simpanan pendeposit TH selamat - MOF | Kerajaan tegaskan kerugian TH yang berpunca daripada salah urus kewangan, pelaburan sebelum 2018 tidak hilang - MOF | Kerajaan tidak akan campur tangan dan tidak akan melindungi sesiapa; keputusan pendakwaan terletak sepenuhnya pada pendakwa raya - MOF | Cadangan wujudkan 'multi-agency task force' siasat pelaburan TH yang berisiko kerugian, diteliti untuk pelaksanaan - Zulkifli | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Pembelian PBOC Yang Berterusan

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, selepas disokong oleh pembelian berterusan daripada People's Bank of China (PBOC). 

Pakar strategi global Quintex Intel, Stephen Innes berkata permintaan kukuh daripada pelabur runcit Asia dan dana dagangan bursa (ETF) turut memberikan sokongan kepada harga emas.

Ad Banner

“Selain itu, pelabur juga menambah pembelian emas untuk melindungi kekayaan mereka daripada risiko yang berkaitan dengan hutang kerajaan Amerika Syarikat dan Jepun yang semakin meningkat dan besar,” katanya kepada Bernama. 

Pada penutupan, kontrak bulan semerta Ogos 2026 menokok kepada US$4,380.9 setiap auns troy daripada US$4,359.0 setiap auns troy yang dicatatkan pada Isnin, manakala September 2026 meningkat kepada US$4,396.9 setiap auns troy daripada US$4,373.30 setiap auns troy.

Oktober 2026, November 2026 dan Disember 2026 semuanya melonjak kepada US$4,412.4 setiap auns troy daripada US$4,388.20 setiap auns troy sebelum ini.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan naik kepada 189 lot berbanding 166 lot yang disaksikan semalam, manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 264 kontrak daripada 242.

Setakat 10 Ogos 2026 semasa penetapan tengah hari London Bullion Market Association, emas fizikal ditetapkan pada US$4,324.45 setiap troy auns.

-- BERNAMA