Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari
KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari, disokong oleh peningkatan dalam kaunter utiliti dan produk perindustrian berwajaran tinggi.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.75 mata atau 0.27 peratus kepada 1,736.21 daripada 1,731.46 semalam.
Indeks penanda aras itu yang dibuka 0.01 mata lebih tinggi pada 1,731.47, bergerak dalam julat antara 1,728.64 dan 1,737.18 sepanjang sesi.
Sentimen pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 577 berbanding 484, manakala 537 kaunter tidak berubah, 1,209 tidak diniagakan dan 13 digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 2.15 bilion unit bernilai RM1.60 bilion.
Apex Securities Bhd dalam satu nota penyelidikan memaklumkan bahawa kaunter penjagaan kesihatan dijangka terus disokong oleh momentum pembelian berterusan, manakala kaunter tenaga juga mungkin mendapat manfaat daripada harga minyak mentah yang kukuh.
Sementara itu, kaunter hartanah mungkin kekal rendah susulan prestasi buruknya baru-baru ini berbanding pasaran yang lebih luas.
Antara saham saham wajaran tinggi, Tenaga Nasional naik 20 sen kepada RM14.54, manakala Public Bank dan IHH Healthcare susut empat sen masing-masing kepada RM5.15 dan RM8.31, CIMB Group merosot lima sen kepada RM7.84, manakala Maybank tidak berubah pada RM10.56.
Bagi saham aktif, Dagang NeXchange meningkat tiga sen kepada 52.5 sen, Zetrix AI menambah 1.5 sen kepada 73 sen, Top Glove menokok setengah sen kepada 66.5 sen dan Genetec Technology melonjak 2.5 sen kepada 42.5 sen, manakala VS Industry tidak berubah pada 24.5 sen.
Saham paling untung menyaksikan Nestle naik 40 sen kepada RM103.00, United Plantations menambah 36 sen kepada RM33.56, UMS Integration meningkat 23 sen kepada RM8.10, YTL Power International menokok 19 sen kepada RM4.97, dan Petronas Dagangan melonjak 18 sen kepada RM19.18.
Antara saham paling rugi, Malaysian Pacific Industries susut 56 sen kepada RM47.54, BLD Plantation merosot 40 sen kepada RM14.60 dan Hong Leong Bank turun 20 sen kepada RM22.54, manakala Hong Leong Industries berkurangan 16 sen kepada RM17.82 dan Batu Kawan menguncup 12 sen kepada RM20.76.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 37.76 mata kepada 12,891.99, Indeks FBM Top 100 melonjak 33 mata kepada 12,699.83, Indeks FBM ACE bertambah 29.67 mata kepada 5,198.89, Indeks FBM Mid 70 melonjak 40.40 mata kepada 18,438.32 dan Indeks FBM Emas Syariah naik 54.40 mata kepada 12,758.58.
Mengikut sektor, Indeks Tenaga naik 10.55 mata kepada 783.77, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 2.15 mata kepada 190.12, Indeks Perladangan menokok 1.11 mata kepada 9,485.11, bagaimanapun Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 80.02 mata kepada 20,294.19.
-- BERNAMA