BERITA TERKINI   APMM akan terima tiga lagi helikopter AW189 pada Disember ini - Saifuddin Nasution | APMM dijangka terima sebuah kapal induk pada suku pertama tahun hadapan - Saifuddin Nasution | Nilai kerja sektor pembinaan meningkat 8.8 peratus tahun ke tahun kepada RM47.8 bilion pada suku kedua 2026, didorong aktiviti pertukangan khas, bangunan bukan kediaman - DOSM | Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 31.5 peratus kepada 26,553 tan pada Jun 2026 daripada 20,198 tan pada Mei 2026 - DOSM | Tujuh suspek ditahan bagi membantu siasatan berhubung Laporan RCI Lembaga Tabung Haji - Ketua Pesuruhjaya SPRM | 

Unit Kerjaya Prospek Raih Kontrak Pembinaan Bernilai RM223.0 Juta Di Johor Bahru

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Kerjaya Prospek Group Bhd, Kerjaya Prospek (M) Sdn Bhd mendapat kontrak bernilai RM223.0 juta daripada Sunway Majestic Sdn Bhd untuk membina dan menyiapkan bangunan utama bagi projek pembangunan di Johor Bahru.

Kontrak berkenaan antaranya merangkumi pelaksanaan kerja-kerja bangunan utama untuk 1,012 unit pejabat kecil/ pejabat rumah (SOHO).

"Kontrak itu akan berkuat kuasa pada 1 Sept 2026 dan dijangka siap dalam tempoh 32 bulan daripada tarikh bermula," menurutnya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ad Banner

Kontrak itu dijangka memberikan sumber pendapatan tambahan kepada kumpulan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner