BERITA TERKINI   Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh 13 hingga 19 Ogos turun 10 sen - MOF | Harga RON95 dan RON97 tanpa subsidi masing-masing turun 15 sen dan 20 sen bagi tempoh 13 hingga 19 Ogos - MOF | IPU lebih 200: 108 buah sekolah di Serian ditutup - JPBN Sarawak | Program Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 berjaya menarik sumbangan penajaan RM48.63 juta daripada 139 rakan strategik - Fahmi | Pelan tambah baik kawalan keselamatan lapangan terbang dibentang kepada Jemaah Menteri minggu depan - Saifuddin | 

Harga Minyak, Data AS Positif Pacu Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri dagangan Rabu dengan lebih tinggi, didorong oleh harga minyak mentah yang lebih mengukuh, kata peniaga.

Beliau berkata ini turut dipacu oleh kenaikan harga minyak apabila jangkaan perjanjian damai Amerika Syarikat (AS) dan Iran semakin kabur dan hanya meningkatkan lagi kebimbangan mengenai potensi gangguan bekalan di Asia Barat.

Ad Banner

Setakat berita ini ditulis, harga harga minyak mentah Brent meningkat 0.69 peratus kepada US$89.52 setong.

Selain itu, beliau berkata data ekonomi AS yang positif juga menyokong sentimen pasaran.

“Indeks keyakinan perniagaan kecil AS meningkat 2.4 mata kepada 99.8 pada Julai lepas iaitu paras tertinggi dalam tempoh 11 bulan, sekali gus membuktikan peningkatan keyakinan terhadap keadaan ekonomi negara itu,” katanya kepada Bernama.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Bagaimanapun, lonjakan harga itu telah dihadkan oleh data jualan kereta domestik China yang suram.

“Jualan kereta domestik China susut 21.1 peratus pada Julai iaitu penurunan bagi bulan ke-10 berturut-turut, manakala eksport kenderaan melonjak 88.2 peratus berbanding tahun sebelumnya,” katanya.

Pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) meningkat 7.50 sen kepada 917.50 sen sekilogram manakala lateks pukal kekal tidak berubah pada 692.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA