BERITA TERKINI   Harga diesel tanpa subsidi bagi tempoh 13 hingga 19 Ogos turun 10 sen - MOF | Harga RON95 dan RON97 tanpa subsidi masing-masing turun 15 sen dan 20 sen bagi tempoh 13 hingga 19 Ogos - MOF | IPU lebih 200: 108 buah sekolah di Serian ditutup - JPBN Sarawak | Program Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 berjaya menarik sumbangan penajaan RM48.63 juta daripada 139 rakan strategik - Fahmi | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Kontrak hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.

Kontrak Ogos 2026 dan September 2026 masing-masing naik 11 mata kepada 1,744.0 serta 1,722.0.

Disember 2026 meningkat 8.5 mata kepada 1,721.5 dan Mac 2027 menambah lapan mata kepada 1,706.0.

Ad Banner

Jumlah dagangan menokok kepada 7,336 lot berbanding 6,661 lot yang dicatatkan pada Selasa, manakala kepentingan terbuka susut kepada 46,046 kontrak daripada 46,453 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 10.15 mata kepada 1,741.61 daripada 1,731.46.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner