BERITA TERKINI   Pemain tengah JDT Muhammad Afiq Fazail rangkul gelaran Pemain Paling Bernilai pada Anugerah Liga-M 2025-2026 | 

NUR Power Muncul Naib Juara Teknologi Pemangkin TBB Anugerah Tenaga Kebangsaan 2026

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- NUR Power menerima pengiktirafan pada Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) 2026 apabila muncul naib juara bagi kategori Teknologi Pemangkin Tenaga Boleh Baharu (TBB) - Penyertaan Khas menerusi projek perintis Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) di Pencawang Barat NUR Power, Kulim Hi-Tech Park.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ikwan Hafiz berkata pengiktirafan itu melambangkan komitmen syarikat terhadap inovasi dan usaha berterusan untuk meneroka penyelesaian bagi masa depan tenaga yang lebih mampan.

“Projek perintis BESS ini mencerminkan kesediaan NUR Power menerima pakai teknologi baharu yang sedang berkembang dan pada masa sama memperkukuh daya tahan dan fleksibiliti infrastruktur tenaga kami.

Ad Banner

“Bagi menyokong pertumbuhan berterusan Kulim Hi-Tech Park, kami kekal memfokuskan untuk menyediakan bekalan tenaga yang boleh dipercayai, cekap dan mampan sambil meletakkan asas bagi integrasi TBB yang lebih meluas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut NUR Power, projek perintis BESS di Pencawang Barat itu adalah langkah penting untuk meneroka bagaimana teknologi penyimpanan tenaga bateri boleh melengkapkan infrastruktur tenaga sedia ada dan meningkatkan fleksibiliti, kebolehpercayaan dan kecekapan rangkaian elektrik.

Sebagai satu-satunya syarikat utiliti tenaga bebas di Malaysia yang secara eksklusif membekalkan tenaga kepada Kulim Hi-Tech Park, NUR Power mempunyai peranan strategik untuk membekalkan tenaga kepada satu daripada hab perindustrian dan teknologi utama di negara ini.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Syarikat itu terus melabur dalam penyelesaian dan infrastruktur inovatif bagi memenuhi keperluan tenaga industri yang sentiasa berubah di samping menyokong peralihan tenaga yang lebih luas.

"NUR Power akan terus mengutamakan inovasi, memperkukuh infrastruktur tenaga dan bekerjasama dengan pihak berkepentingan bagi membolehkan pertumbuhan mampan untuk sektor industri, perniagaan dan komuniti," menurutnya.

-- BERNAMA