Bursa Malaysia Susut Selepas Dibuka Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis dan kemudiannya menyusut berikutan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan semalam walaupun Wall Street ditutup kebanyakannya tinggi dalam tempoh semalaman.

Pada 9.08 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.32 mata kepada 1,737.29 daripada 1,741.61 ketika ditutup pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka meningkat 1.18 mata pada 1,742.79.

Ad Banner

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 172 berbanding 158 manakala 340 kaunter tidak berubah, 2,128 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 160.62 juta saham bernilai RM99.07 juta.

Rakuten Trade Sdn Bhd dalam nota penyelidikan hari ini memaklumkan Wall Street ditutup kebanyakannya tinggi apabila pelabur terus memantau data Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) yang akan diumumkan kemudian.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Bagaimanapun menurutnya lebih melegakan apabila Rizab Persekutuan AS (Fed) dijangka tidak melaksanakan sebarang pelarasan kadar faedah buat masa ini.

“Peniaga masih bimbang mengenai harga minyak mentah semasa, yang kekal tinggi pada paras hampir US$89 setong.

“Kami menjangkakan pengumpulan saham berterusan dan indeks dijangka bergerak antara 1,735 hingga 1,750 mata hari ini,” menurutnya.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing susut dua sen kepada RM10.58 dan RM5.17 manakala CIMB Group tidak berubah pada RM7.92. Tenaga Nasional susut lapan sen kepada RM14.50 dan IHH Healthcare turun satu sen pada RM8.34.

Bagi saham paling aktif, Aemulus Holdings menambah 3.5 sen kepada 45.5 sen, Oppstar meningkat dua sen kepada 70.5 sen, HHRG menokok setengah pada 16 sen. GIIB Holdings tidak berubah pada 41 sen dan Perak Transit turun setengah sen kepada 24 sen.

Antara kaunter paling untung, Vitrox Corporation meningkat 11 sen kepada RM9.55, Malaysian Pacific Industries, Wang-Zheng dan UMS Integration masing-masing naik 10 sen kepada RM47.60, 48 sen dan RM8.25, dan VSTEC menambah lapan sen kepada RM1.83.

Bagi saham paling rugi, Nestle menyusut RM1 kepada RM101.90, Malaysia Smelting Corporation rendah 17 sen kepada RM2.05, Press Metal Aluminium menyusut 12 sen kepada RM7.87, United Plantation berkurangan 10 sen kepada RM33.50, dan IOI Corporation rendah tujuh sen kepada RM4.48.

Di papan indeks, Indeks FBM ACE meningkat 18.81 mata kepada 5,222.24 tetapi Indeks FBM Emas menyusut 25.03 mata kepada 12,893.67 dan Indeks FBMT 100 rendah 26.80 mata kepada 12,702.03.

Indeks FBM Emas Shariah rendah 28.77 mata kepada 12,742.11 dan Indeks FBM 70 merosot 18.31 mata kepada 18,417.50.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga meningkat sedikit 1.95 mata kepada 787.69, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 24.93 mata kepada 20,375.10 dan Indeks Perladangan menyusut 28.04 mata kepada 9,440.30 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 1.11 mata kepada 189.24.

-- BERNAMA