BERITA TERKINI   Bayaran STR Fasa 3 disalurkan secara berperingkat mulai hari ini kepada 5.3 juta penerima, libatkan peruntukan RM1.2 bilion - MOF | Formula 1: Tiket MADANI untuk pemegang MyKad pada harga serendah RM200 bagi akses tiga hari acara - PM Anwar | PM Anwar sangkal dakwaan anaktirikan negeri, peruntukan meningkat bawah pentadbirannya | PM Anwar mahu penyampaian maklumat, komunikasi kerajaan dipertingkat | Perbuatan 'sakau’ dalam Tabung Haji memang berlaku - PM Anwar | 

Niaga Hadapan Emas Dijangka Diniagakan Sekitar US$4,345-US$4,375 Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami turun naik antara US$4,345 dan US$4,375 setiap auns troy minggu depan.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata harga emas semerta melepasi julat sasaran mingguannya iaitu US$4,250 hingga US$4,350 setiap auns troy.

Ad Banner

“Pemacu utama jelas sekali adalah hasil Penggajian Bukan Ladang yang lemah, yang menyaksikan 23,000 kehilangan pekerjaan pada Julai dan penurunan berterusan dalam Kadar Penyertaan Tenaga Buruh.

“Minggu ini, Indeks Harga Pengguna dan Indeks Harga Pengeluar yang sederhana menunjukkan bahawa kenaikan kadar dalam Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan pada September tidak pernah menjadi kemungkinan yang kukuh atau pasti,” katanya kepada Bernama.

Bagi asas mingguan, kontrak semerta bulan Ogos 2026 meningkat kepada US$4,358.7 setiap auns troy daripada US$4,322.90 setiap auns troy pada Jumaat lepas, dan kontrak September menokok kepada US$4,374.9 setiap auns troy daripada US$4,335.80 setiap auns troy.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Kontrak Oktober 2026 kekal pada US$4,390.6 setiap auns troy, manakala kontrak November 2026 berada pada US$4,349.20 setiap auns troy daripada US$4,390.6 setiap auns troy.

Kontrak Disember 2026 mengukuh kepada US$4,398.4 setiap auns troy daripada US$4,349.20 setiap auns troy.

Jumlah dagangan mingguan menyusut kepada 1,009 lot daripada 1,263 lot minggu lepas, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 339 kontrak daripada 477 kontrak seminggu sebelumnya. 

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,437.0 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association pada 13 Ogos 2026.

-- BERNAMA