Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tidak Berubah Pada Selasa
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tidak berubah pada Selasa.
Setakat jam 10 pagi, kontrak bulan September 2026, Oktober 2026, Disember 2026 dan Mac 2027 tidak diniagakan dan kekal tidak berubah masing-masing pada 1,661.5, 1,661.0, 1,666.5 dan 1,650.5.
Jumlah dagangan adalah sifar, manakala kepentingan terbuka berjumlah 61,262 kontrak.
Pada 10.05 pagi, FBM KLCI susut 12.16 mata kepada 1,657.86 daripada 1,670.02 ketika ditutup pada Isnin.
-- BERNAMA