BERITA TERKINI   Untung bersih CIMB Group menurun kepada RM1.88 bilion pada suku ketiga 2026 daripada RM2.08 bilion tahun lepas | Sindiket dadah cuba guna lapangan terbang di Pulau Pinang, Ipoh sebagai laluan alternatif selepas pihak berkuasa perketat kawalan keselamatan di KLIA - Bukit Aman | Juruterbang TUDM yang ditahan berperanan sebagai pengangkut bekalan dadah dari Lembah Klang ke Sabah - Bukit Aman | PM Anwar sahkan Anthony Loke masih bercuti, belum lulus peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan | PM Anwar hargai jasa guru dalam laksana tanggungjawab untuk pendidikan negara, seru pelajar terus hormati guru | 

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Tinggi Susulan Kenaikan Serantau, Kebimbangan El Niño

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh kenaikan di pasaran niaga hadapan getah serantau dan prospek fenomena El Niño yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat apabila prospek fenomena El Niño yang lebih kuat meningkatkan risiko gangguan bekalan.

Ad Banner

“Sementara itu, Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) Amerika Syarikat (AS) mengunjurkan kebarangkalian 69 peratus berlakunya El Niño yang sangat kuat antara Oktober dan Disember 2026, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap potensi gangguan bekalan akibat cuaca,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, kenaikan itu dihadkan oleh data ekonomi China yang lebih lemah dan peningkatan inventori getah di China, menunjukkan permintaan jangka pendek yang lebih lemah, kata peniaga itu.

“Bursa Niaga Hadapan Shanghai yang memantau inventori getah menunjukkan peningkatan 0.9 peratus berbanding minggu sebelumnya, menandakan tahap stok yang lebih tinggi.

Ad Banner
Ad Banner

“Ringgit yang kukuh sedikit berbanding dolar AS dan harga minyak mentah yang lebih rendah turut mengehadkan kenaikan seterusnya,” tambahnya.

Pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) meningkat 10.5 sen kepada 919.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal naik dua sen kepada 690.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA