BERITA TERKINI   Semua perkhidmatan JPJ melalui saluran Kumpulan MYEG akan digantung mulai 5 Okt 2026 - KP JPJ | Aichi-Nagoya 2026: Skuad skuasy lelaki negara raih emas acara berpasukan tewaskan Pakistan 2-0 | Petronas Chemicals lantik Izwan Ismail sebagai pengarah urusan dan CEO berkuat kuasa 1 Jan 2027 | Aichi-Nagoya 2026: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang raih emas kelapan negara menerusi acara keirin lelaki | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Pengukuhan Ringgit

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, dipengaruhi oleh penurunan di pasaran hadapan getah serantau dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

Beliau memberitahu Bernama bahawa kontrak niaga hadapan getah Jepun susut pada Selasa, terjejas disebabkan data ekonomi China yang lebih lemah daripada jangkaan.

Ad Banner

“Momentum ekonomi China lemah pada Julai, dengan pertumbuhan output perindustrian dan jualan runcit masing-masing perlahan kepada 4.5 peratus dan 0.6 peratus berikutan permintaan domestik yang rendah dan gangguan cuaca yang ekstrem,” katanya.

Pada 4.23 petang, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.0550/0590 berbanding dolar AS daripada 4.0585/0630 ketika ditutup pada Isnin.

Bagaimanapun, beliau berkata penurunan seterusnya diimbangi oleh harga penanda aras minyak mentah yang lebih kukuh di tengah-tengah ketegangan yang berterusan di Asia Barat, jangkaan sokongan dasar tambahan dari China dan kebimbangan terhadap potensi gangguan bekalan getah akibat fenomena El Nino.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) turun lima sen kepada 914.5 sen sekilogram manakala lateks pukal turut susut lima sen kepada 685.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA