BERITA TERKINI   Kerajaan lulus secara prinsip usul memperkasa Mahkamah Syariah, akan rujuk Majlis Raja-Raja- PM Anwar | Jangan sorok kes buli, salah laku disiplin semata-mata mahu menjaga nama baik sekolah - PM Anwar | Aspek pendidikan, keselamatan anak-anak di sekolah adalah tanggungjawab bersama ibu bapa dan warga pendidik - PM Anwar | PM Anwar mahu tindakan cepat dan tegas diambil terhadap sebarang kes yang mengancam keselamatan pelajar di sekolah | Malaysia negara pertama berjaya menghantar pulang tahanan Myanmar ke negara asal - PM Anwar  | 

Enam Akaun Bank Milik Unit Khee San Dibekukan Berikutan Siasatan Berkaitan AMLA

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Enam akaun bank yang dimiliki anak syarikat milik penuh Khee San Bhd, iaitu Khee San Food Industries Sdn Bhd (KSFI) dibekukan susulan siasatan yang dijalankan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

Menurut syarikat pembuat gula-gula itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, KSFI menerima makluman pada 21 Ogos bahawa enam akaun yang diselenggarakan dengan sebuah bank telah dibekukan susulan siasatan tersebut. 

“Kesemua akaun ini digunakan secara aktif untuk menyokong operasi harian kumpulan,” menurut syarikat itu. 

Ad Banner

Khee San turut memaklumkan bahawa ia telah mengambil langkah sewajarnya untuk menyelesaikan perkara tersebut dan akan memberikan kerjasama sepenuhya kepada pihak berkuasa berhubung sebarang siasatan. 

Selain itu, tambah syarikat itu, pembekuan akaun tersebut dijangka mengakibatkan sedikit gangguan kepada operasi kumpulan berdasarkan maklumat yang diberikan kepada lembaga pengarahnya. 

“Bagaimanapun, lembaga pengarah berpendapat pada ketika ini, perkara itu dijangka tidak memberi kesan kewangan yang ketara kepada kumpulan tersebut,” katanya. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Tambah Khee San lagi, ia akan membuat pengumuman selanjutnya apabila terdapat perkembangan terbaharu berhubung perkara itu. 

-- BERNAMA