BERITA TERKINI   Kerajaan lulus secara prinsip usul memperkasa Mahkamah Syariah, akan rujuk Majlis Raja-Raja- PM Anwar | Jangan sorok kes buli, salah laku disiplin semata-mata mahu menjaga nama baik sekolah - PM Anwar | Aspek pendidikan, keselamatan anak-anak di sekolah adalah tanggungjawab bersama ibu bapa dan warga pendidik - PM Anwar | PM Anwar mahu tindakan cepat dan tegas diambil terhadap sebarang kes yang mengancam keselamatan pelajar di sekolah | Malaysia negara pertama berjaya menghantar pulang tahanan Myanmar ke negara asal - PM Anwar  | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Kelemahan Dolar AS, Kebimbangan Mengenai Hasil

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini disokong oleh kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) serta usaha Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat untuk mengekalkan hasil bon jangka panjang pada paras rendah.

Dilaporkan Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent berkata pada Khamis bahawa beliau mungkin meningkatkan lagi pembelian semula bon Perbendaharaan oleh kerajaan.

Jabatan Perbendaharaan sebelum ini menjelaskan pihaknya sekurang-kurangnya akan menggandakan pembelian semula hutang kerajaan dalam tempoh beberapa bulan akan datang dengan memberi tumpuan kepada segmen pasaran yang sensitif iaitu bon berjangka lebih panjang.

Ad Banner

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2026 meningkat kepada US$4,586.40 setiap auns troy daripada US$4,494.50 setiap auns troy pada Khamis manakala kontrak September 2026 naik kepada US$4,602.90 setiap auns troy daripada US$4,511.00 setiap auns troy sebelumnya.

Kontrak Oktober dan November 2026 masing-masing melonjak kepada US$4,619.90 setiap auns troy daripada US$4,527.30 setiap auns troy semalam manakala kontrak Disember 2026 dan Februari 2027 mengukuh kepada US$4,627.70 setiap auns troy daripada US$4,535.10 setiap auns troy.

Jumlah dagangan menyusut kepada 254 lot daripada 338 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 327 kontrak daripada 415 kontrak sebelumnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,482.95 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 20 Ogos, 2026.

-- BERNAMA