BERITA TERKINI   Jangan sorok kes buli, salah laku disiplin semata-mata mahu menjaga nama baik sekolah - PM Anwar | Aspek pendidikan, keselamatan anak-anak di sekolah adalah tanggungjawab bersama ibu bapa dan warga pendidik - PM Anwar | PM Anwar mahu tindakan cepat dan tegas diambil terhadap sebarang kes yang mengancam keselamatan pelajar di sekolah | Malaysia negara pertama berjaya menghantar pulang tahanan Myanmar ke negara asal - PM Anwar  | 10,000 warga Myanmar telah dihantar pulang ke negara asal sejak Januari 2026 - PM Anwar | 

Ringgi Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) --  Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, walaupun mata wang AS kekal disokong oleh jangkaan kenaikan kadar faedah AS. 

Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.0835/0895 berbanding dolar AS daripada paras 4.0845/0890 ketika ditutup pada Isnin.

Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks dolar AS (DXY) meningkat 0.23 peratus kepada 102.167 mata, mencerminkan pengukuhan mata wang dolar AS.

"Justeru, ringgit berkemungkinan kekal dalam julat dagangan yang sempit," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata dolar AS turut mengukuh susulan peningkatan permintaan terhadap mata wang itu, dengan sebahagian pelabur beralih kepada aset yang lebih selamat dalam persekitaran ketidaktentuan global.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada pembukaan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.5847/5886 daripada 2.5858/5886 ketika ditutup pada Isnin, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3976/4055 daripada 5.4022/4081.

Bagaimanapun, ia susut berbanding euro kepada 4.5805/5872 daripada 4.5775/5825.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mawa wang negara ASEAN.

Unit tempatan menokok berbanding baht Thailand kepada 12.1151/1390 daripada 12.1234/1411 tetapi merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.1907/1957 daripada 3.1905/1943 pada penutupan Isnin.

Ringgit tidak berubah berbanding peso Filipina pada 6.52/6.53 dan rupiah Indonesia pada 227.9/228.3.

-- BERNAMA