BERITA TERKINI   Persiapan sambutan Hari Kebangsaan kini capai 70 peratus - Fahmi | Hari Kebangsaan: Penyertaan pasukan Johor Military Force antara kelainan sambutan tahun ini - Fahmi | 

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Didorong Permintaan Domestik Berdaya Tahan

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan walaupun dagangan dijangka kekal berhati-hati berikutan musim pelaporan pendapatan yang menyebabkan pelabur lebih memilih dalam membuat pelaburan, kata penganalisis.

Pada 9.03 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.46 mata kepada 1,737.94 daripada 1,736.48 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.83 mata kepada 1,738.31.

Ad Banner

Pasaran secara menyeluruh positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 173 berbanding 130 manakala 293 kaunter tidak berubah, 2,278 tidak diniagakan dan 46 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 147.53 juta saham bernilai RM71.13 juta.

Apex Securities Bhd memaklumkan FBM KLCI dijangka diniagakan dengan kecenderungan positif sederhana minggu ini, disokong oleh peningkatan semula pasaran Wall Street semalaman dan permintaan domestik yang berdaya tahan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Bagaimanapun, menurutnya, dagangan dijangka kekal berhati-hati berikutan pelabur lebih memilih dalam membuat pelaburan, dengan prestasi saham sebahagian besarnya dipacu oleh prestasi korporat dan perkembangan syarikat.

“Potensi kenaikan kekal sederhana berikutan hasil bon Perbendaharaan AS yang tinggi terus memberi tekanan terhadap sentimen risiko global manakala ketegangan yang berterusan di Asia Barat boleh menyebabkan harga minyak kekal tidak menentu dan meningkatkan kebimbangan mengenai inflasi.

“Secara keseluruhannya, kami menjangka pelabur akan terus berhati-hati, dengan saham defensif dan saham yang dipacu oleh faktor domestik dijangka kekal berdaya tahan dalam ketidaktentuan luaran yang berterusan,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dicatatkan pada RM10.60, Public Bank naik tiga sen kepada RM5.12, CIMB Group meningkat satu sen kepada RM7.96, Tenaga Nasional menokok enam sen kepada RM14.46, bagaimanapun, IHH Healthcare menurun lapan sen kepada RM8.20.

Dalam senarai kaunter paling aktif, NexG dan AirAsia, masing-masing berkurangan 3.5 sen kepada 28.5 sen dan 77.5 sen manakala Dagang NeXchange, MAG Holdings dan Compugates Holding, masing-masing mendatar pada 51 sen, 16 sen dan 1.5 sen.

Kaunter paling untung termasuklah Kuala Lumpur Kepong, melonjak 22 sen kepada RM21.86, Sarawak Plantation menambah 18 sen kepada RM4.72, Sunway Construction meningkat 12 sen kepada RM8.02, Fraser & Neave naik 10 sen kepada RM26.60 dan MNRB Holdings menokok tujuh sen kepada RM3.02.

Kaunter paling rugi ialah Malaysian Pacific Industries menurun RM1.24 kepada RM41.96, KPJ Healthcare berkurangan 22 sen kepada RM2.90, Petronas Gas merosot 20 sen kepada RM17.40, PPB Group menyusut 18 sen kepada RM10.10 dan Allianz Malaysia menurun 16 sen kepada RM22.12.

Di papan indeks, Indeks FBM ACE naik 15.50 mata kepada 5,349.29, bagaimanapun Indeks FBM 70 menurun 59.35 mata kepada 18,091.68 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 13.13 mata kepada 12,628.66.

Indeks FBM Emas berkurangan 0.86 mata kepada 12,831.42 dan Indeks FBM Top 100 menurun 2.45 mata kepada 12,648.47.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 6.92 mata kepada 9,447.57, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 33.26 mata kepada 20,298.66, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.16 mata kepada 187.38 dan Indeks Tenaga menambah 1.22 mata kepada 778.25.

-- BERNAMA