BERITA TERKINI   Perenang Selangor Eliza Tan Ai Shen dan penembak Pahang Cheah Zen Hong dinobat Atlet Terbaik Wanita dan Lelaki SUKMA 2026 - Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana SUKMA | Liga Super: Sabah FC 3-1 Star City FC | Selangor raih juara keseluruhan SUKMA 2026 - Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana SUKMA | Perenang Selangor Eliza Tan Ai Shen dan penembak Pahang Cheah Zen Hong dinobat Atlet Terbaik Wanita dan Lelaki SUKMA 2026 - Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana SUKMA | 1 Sept diumum cuti peristiwa sempena kejayaan kontinjen Selangor rangkul juara keseluruhan SUKMA 2026 - MB Selangor | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Rendah

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan keuntungan dan harga minyak mentah yang lebih lemah.

Ketika ini, minyak mentah Brent susut 1.93 peratus kepada US$93.03 setong. 

Ad Banner

Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Dr Sathia Varqa berkata niaga hadapan MSM diniagakan lebih rendah sepanjang hari apabila peniaga bergerak untuk mengunci keuntungan, menyusut daripada harga tertinggi 20 bulan yang dicatatkan minggu lalu. 

“Peniaga turut mengambil langkah berhati-hati menjelang anggaran pengeluaran dan eksport yang dijangka dikeluarkan minggu ini,” katanya kepada Bernama. 

Beliau menambah bahawa harga minyak sayuran yang lebih rendah turut memberi kesan kepada niaga hadapan sawit, dengan harga olein sawit dan minyak kacang soya di Bursa Komoditi Dalian (DCE) kebanyakannya ditutup lebih rendah. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada penutup, kontrak September 2026 merosot RM71 kepada RM4,720 setan, Oktober 2026 susut RM75 kepada RM4,859 setan, dan November 2026 berkurang RM72 kepada RM4,946 setan. 

Kontrak Disember 2026 susut RM64 kepada RM5,013 setan, Januari 2027 merosot RM54 kepada RM5,064 setan, dan Februari 2027 menurun RM42 kepada RM5,099 setan. 

Jumlah dagangan menyusut kepada 79,190 lot daripada 121,114 lot, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 343,401 kontrak daripada 342,115 kontrak sebelumnya. 

Harga MSM fizikal bagi September Selatan susut RM60 kepada RM4,710 setan. 

-- BERNAMA