BERITA TERKINI   Banjir Nepal: Malaysia sedang selaras penghantaran bantuan termasuk kemungkinan gerakkan SMART - PM Anwar | Hanya 30 buah sekolah di Lubok Antu, Sarawak ditutup setakat ini susulan bacaan IPU melebihi 200 - Timbalan Menteri Pendidikan | Sebanyak 11 sekolah baharu beroperasi tahun ini, termasuk tiga di Johor yang bermula Sept depan - Timbalan Menteri Pendidikan | Tujuh ditahan, dadah bernilai RM3.2 juta dirampas dalam siri serbuan di Pulau Pinang - Ketua Polis negeri | Banjir Nepal: Wisma Putra aktifkan bilik operasi 24 jam, ahli keluarga rakyat Malaysia terlibat digesa hubungi +603 8887 4570 atau dutyofficer@kln.gov.my | 

PIP Capai 100,000 TEU Dalam Tempoh Empat Bulan Setengah Beroperasi Penuh

PADANG BESAR, 28 Ogos (Bernama) -- Zon Perdagangan Bebas Tuanku Syed Sirajuddin - Depot Pelepasan Pedalaman Perlis (PIP) mencatatkan pencapaian pengendalian 100,000 Unit Bersamaan Dua Puluh Kaki (TEU) dalam tempoh empat bulan setengah sejak beroperasi sepenuhnya pada April lepas.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata pencapaian dalam tempoh itu menunjukkan potensi besar PIP sebagai pintu masuk strategik perdagangan rentas sempadan negara sekali gus berpotensi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab logistik serantau.

“Kita juga difahamkan mengenai usaha sama PIP melibatkan kawasan contohnya Belawan di Utara Sumatera (Indonesia) bagi membolehkan peluasan jajaran logistik ini merangkumi tiga negara,” katanya pada sidang media sempena lawatan ke PIP hari ini.

Ad Banner

Sehubungan itu, katanya, PIP disasar mencapai TEU mencecah 180,000 pada penghujung tahun ini.

Akmal Nasrullah berkata antara perancangan seterusnya untuk menambah nilai aktiviti ekonomi di PIP ialah pembangunan On-Dock Depot bagi menawarkan perkhidmatan penyediaan kontena yang siap diguna pakai selepas melalui proses pencucian dan sebagainya.

“Pada masa sama juga mereka (PIP) melihat perancangan membina gudang ataupun penempatan bagi tujuan pembungkusan ataupun memecahkan lagi barang-barang pukal untuk kegunaan ataupun menguruskan logistik di sini,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata projek pembangunan PIP merupakan usaha sama awam-swasta dengan Mutiara Perlis bertindak selaku pemaju dan pengendali manakala Kerajaan Persekutuan menyalurkan dana infrastruktur melalui Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

Kerajaan Persekutuan menyalurkan dana sebanyak RM327 juta bagi membina bonded road  (jalan khusus untuk pengangkutan kargo), jejambat dan flyover serta laluan cawangan rel kereta api untuk menyediakan kelebihan bagi memastikan kos logistik lebih kompetitif, pelaburan bernilai tinggi dan menawarkan lebih banyak peluang ekonomi untuk rakyat.

“Beliau berkata projek ini membuka peluang pekerjaan kepada anak tempatan apabila 63 peratus daripada kontraktor perkhidmatan terdiri daripada anak Perlis dan Kedah dengan 40 peratus merupakan anak Perlis,” katanya.

Ini, katanya, dapat membawa limpahan ekonomi, peluang pekerjaan dan pertumbuhan pembangunan kepada penduduk Perlis. 

Sementara itu, menerusi kenyataan yang dikeluarkan NCIA sempena lawatan tersebut Akmal Nasrullah berkata hubungan PIP dengan Pelabuhan Pulau Pinang dan Belawan New Container Terminal (BNCT) di Indonesia mewujudkan koridor logistik sepanjang 388 kilometer yang menghubungkan Indonesia, Malaysia dan Thailand.

Beliau berkata koridor itu berpotensi mengurangkan kos serta tempoh transit barangan berbanding laluan konvensional dan memperkukuh kesalinghubungan rantaian bekalan serantau.

“Kedudukan strategik PIP turut berpotensi menyokong usaha Malaysia menarik pelaburan bernilai tinggi di bawah strategi rantaian bekalan China+1, dengan menawarkan akses yang kompetitif ke pasaran ASEAN serta Greater Mekong Subregion,” katanya.

Beliau berkata kerajaan akan terus memperkukuh infrastruktur dan kesalinghubungan logistik negara bagi meningkatkan daya saing Malaysia sebagai hab perdagangan dan pelaburan serantau di samping memastikan pembangunan ekonomi memberi manfaat yang lebih luas kepada rakyat.  

Menurut kenyataan itu, semasa lawatan tersebut, Akmal Nasrullah diberikan taklimat mengenai perancangan peluasan PIP termasuk pembangunan On-Dock Depot, peluasan kawasan kontena dan peningkatan perkhidmatan pengendalian kargo bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). 

-- BERNAMA