BERITA TERKINI   Kanak-kanak lelaki 11 tahun maut akibat kecederaan di kepala dipercayai berpunca senjata api buatan sendiri ‘Ginsok’ di Sook Sabtu lepas - Ketua Polis Daerah Keningau | Polis rampas 42 laras senapang angin, 456 kotak kecil peluru serta tahan lelaki 50 tahun dalam operasi di Sook semalam - Ketua Polis Daerah Keningau | Jerebu: Johor laksana solat hajat di semua masjid dan surau bermula hari ini sehingga keadaan kembali pulih - Exco Mohd Fared | Jerebu: Sekolah di bawah PPD Hulu Langat, Petaling Perdana, Kuala Langat, Sepang, Kuantan dan Rompin turut ditutup esok - Fadhlina | Sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya ditutup esok - Fadhlina | 

IJM Corporation Raih Kontrak Pembinaan Kemudahan AT&S Di Kedah Bernilai RM1.23 Bilion

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh IJM Corporation Bhd, IJM Construction Sdn Bhd, menerima surat lantikan daripada AT&S Austria Technologie & Systemtechnik (Malaysia) Sdn Bhd bagi kontrak reka bentuk dan pembinaan bernilai kira-kira RM1.23 bilion.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, IJM Corporation memaklumkan kontrak itu merangkumi pembinaan kemudahan pengeluaran empat tingkat, bangunan utiliti pusat tiga tingkat dan kemudahan rawatan air sisa setingkat di Taman Teknologi Tinggi Kulim, Kedah.

“Projek itu dijadualkan bermula pada suku keempat 2026 dan dijangka siap dalam tempoh 14 bulan dari tarikh permulaan,” menurut syarikat itu.

Ad Banner

IJM Corporation memaklumkan projek berkenaan dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan pendapatan kumpulan mulai tahun kewangan berakhir 2027.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner