BERITA TERKINI   Kanak-kanak lelaki 11 tahun maut akibat kecederaan di kepala dipercayai berpunca senjata api buatan sendiri ‘Ginsok’ di Sook Sabtu lepas - Ketua Polis Daerah Keningau | Polis rampas 42 laras senapang angin, 456 kotak kecil peluru serta tahan lelaki 50 tahun dalam operasi di Sook semalam - Ketua Polis Daerah Keningau | Jerebu: Johor laksana solat hajat di semua masjid dan surau bermula hari ini sehingga keadaan kembali pulih - Exco Mohd Fared | Jerebu: Sekolah di bawah PPD Hulu Langat, Petaling Perdana, Kuala Langat, Sepang, Kuantan dan Rompin turut ditutup esok - Fadhlina | Sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya ditutup esok - Fadhlina | 

Galakan Cukai ECF Dicadang Dilanjutkan Sehingga 2030, Tarik Lebih Ramai Pelabur

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan mencadangkan supaya galakan cukai bagi pelabur individu yang melabur melalui platform Pendanaan Awam Berasaskan Ekuiti (ECF) dilanjutkan selama empat tahun mulai 1 Jan, 2027 hingga 31 Dis, 2030.

Kementerian Kewangan (MoF) dalam dokumen Langkah Cukai Belanjawan 2027, memaklumkan cadangan itu bertujuan meneruskan sokongan terhadap pembiayaan alternatif serta menarik lebih ramai pelabur individu melabur dalam syarikat pemula niaga dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Di bawah insentif sedia ada, pelabur individu layak mendapat pengecualian cukai bersamaan 50 peratus daripada amaun pelaburan, tertakluk kepada had RM50,000 bagi setiap tahun taksiran dan had potongan sebanyak 10 peratus daripada pendapatan agregat tahunan.

Ad Banner

MoF bagaimanapun menjelaskan pelabur, syarikat penerima pelaburan dan jumlah pelaburan perlu disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Pada masa sama, pelabur juga tidak boleh mempunyai hubungan persaudaraan dengan syarikat penerima pelaburan, manakala pelaburan mesti dibuat melalui platform ECF yang diluluskan SC.

“Pelaburan tidak boleh dilupuskan sepenuhnya atau sebahagian dalam tempoh dua tahun dari tarikh pelaburan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Galakan cukai ini diperluas kepada pelaburan yang dibuat oleh pelabur individu melalui suatu nomini Perkongsian Liabiliti Terhad,” maklum kementerian itu.

Langkah itu berkuatkuasa bagi pelaburan yang dibuat pada tarikh 1 Jan, 2021 hingga 31 Dis, 2023 dan telah dilanjutkan bagi tempoh 1 Jan, 2024 hingga 31 Dis, 2026.

“Jika cadangan terbaharu diterima pakai, galakan cukai ini akan diteruskan bagi pelaburan yang dibuat (bagi tempoh) 1 Jan, 2027 hingga 31 Dis, 2030,” menurut kementerian itu.

-- BERNAMA