BERITA TERKINI   Banjir Nepal: Malaysia sedang selaras penghantaran bantuan termasuk kemungkinan gerakkan SMART - PM Anwar | Hanya 30 buah sekolah di Lubok Antu, Sarawak ditutup setakat ini susulan bacaan IPU melebihi 200 - Timbalan Menteri Pendidikan | Sebanyak 11 sekolah baharu beroperasi tahun ini, termasuk tiga di Johor yang bermula Sept depan - Timbalan Menteri Pendidikan | Tujuh ditahan, dadah bernilai RM3.2 juta dirampas dalam siri serbuan di Pulau Pinang - Ketua Polis negeri | Banjir Nepal: Wisma Putra aktifkan bilik operasi 24 jam, ahli keluarga rakyat Malaysia terlibat digesa hubungi +603 8887 4570 atau dutyofficer@kln.gov.my | 

ASM 2 Wawasan Catat Agihan Pendapatan RM1.31 Bilion, Tertinggi Dalam Tujuh Tahun

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), hari ini mengumumkan agihan pendapatan berjumlah RM1.31 bilion bagi Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan (ASM 2 Wawasan) untuk tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2026.

Dalam kenyataan hari ini, PNB memaklumkan agihan itu bersamaan 5.00 sen seunit, meningkat daripada 4.75 sen seunit yang diagihkan bagi tahun kewangan sebelumnya, sekali gus merupakan agihan pendapatan tertinggi ASM 2 Wawasan dalam tempoh tujuh tahun.

Agihan berkenaan memberi manfaat kepada lebih 1.01 juta pemegang unit dengan jumlah pegangan sebanyak 26.3 bilion unit.

Ad Banner

“Pada kadar 5.00 peratus, agihan ini mengatasi kadar deposit tetap Maybank 12 bulan pada paras 2.01 peratus, sebanyak 299 mata asas,” menurutnya.

Setakat 24 Ogos 2026, ASM 2 Wawasan merekodkan pendapatan terealisasi bersih sebanyak RM1.43 bilion.

PNB memaklumkan prestasi lebih kukuh itu mencerminkan daya tahan dana dalam mengharungi persekitaran pelaburan yang semakin tidak menentu, termasuk ketegangan geopolitik, konflik berterusan di Timur Tengah, perubahan jangkaan kadar faedah dan turun naik pasaran.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Prestasi itu disokong oleh pengurusan portfolio yang berdisiplin, pengurusan risiko berhemat serta penempatan terpilih dalam bidang yang mempunyai potensi pertumbuhan struktur yang kukuh,” menurutnya.

PNB memaklumkan pendapatan dana turut disokong oleh keuntungan terealisasi dan pendapatan dividen daripada pelaburan terpelbagai dalam ekuiti domestik dan global.

Peruntukan dalam aset pendapatan tetap, hartanah dan ekuiti persendirian pula membantu mempelbagaikan sumber pendapatan serta mengurangkan kesan perubahan keadaan pasaran terhadap portfolio.

Bagi pemegang unit yang memilih pengaturan zakat khultah (Kelas B), agihan pendapatan akan diterima selepas ditolak zakat sebanyak 2.57 peratus, menjadikan kadar agihan bersih dianggarkan 4.87 peratus berdasarkan kadar agihan yang diisytiharkan sebanyak 5.00 peratus.

-- BERNAMA