BERITA TERKINI   Kuasa isytihar darurat jerebu di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong - Douglas Uggah | Premier Sarawak kemuka permohonan darurat jerebu di Serian kepada Perdana Menteri - Douglas Uggah | Cadangan adakan PRU awal diteliti, fokus kerajaan kini pulihkan ekonomi, kesejahteraan rakyat - PM Anwar | Jerebu: Tindakan susulan termasuk isytihar darurat di kawasan rekod IPU 500 di Sarawak dibincang dengan kerajaan negeri, agensi - PM Anwar | Tragedi Tanjung Lompat: Mayat Muhammad Adib Hafiy Kamal ditemukan pada 11.15  pagi - polis | 
Ad Banner

AirAsia Kongsi Kod Dengan Pegasus Airlines, Buka Akses Ke 160 Destinasi

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Syarikat penerbangan AirAsia hari ini melancarkan perkongsian kod pertamanya dengan Pegasus Airlines dari Turkiye yang menghubungkan Asia Tenggara dan Eropah melalui Istanbul.

Kerjasama itu secara progresif akan membuka akses ke 160 destinasi merentasi 56 negara menerusi rangkaian gabungan AirAsia dan Pegasus.

Ketua Pegawai Komersial AirAsia Group Bhd Amanda Woo berkata kerjasama itu dimulakan dengan lima destinasi di Eropah iaitu Stansted (London), Vnukovo (Moscow), Esenboga (Ankara), Zurich (Switzerland) dan Athens (Greece).

Ad Banner

Beliau berkata perkongsian kod itu akan turut melibatkan penerbangan sambungan dari Kuala Lumpur melalui lapangan terbang Sabiha Gökçen di Istanbul ke Munich, Prague, Madrid, Vienna, Barcelona, Manchester dan Edinburgh yang dijangka bermula pada tahun depan.

“Kerjasama ini menghimpunkan dua syarikat penerbangan tambang rendah (LCC) terkemuka ASEAN dan Eropah yang menghubungkan rangkaian luas AirAsia di seluruh ASEAN dan Asia serta rangkaian Pegasus yang meliputi pelbagai destinasi di Eropah melalui hab di Sabiha Gökçen Istanbul,” katanya.

Lapangan terbang antarabangsa Sabiha Gökçen dimiliki serta diuruskan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang menghubungkan lebih daripada 117 destinasi antarabangsa dan 40 destinasi tempatan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Woo menyifatkan langkah ini sebagai satu lagi pencapaian dalam misi AirAsia untuk muncul sebagai syarikat penerbangan rangkaian tambang rendah pertama di dunia.

Pada masa sama, kerjasama itu menjadikan perjalanan antarabangsa lebih mudah diakses dan mampu milik serta mengukuhkan kedudukan Kuala Lumpur sebagai pintu masuk utama antara Asia dan dunia.

Bagi mengukuhkan lagi hubungan Asia-Eropah, beliau berkata AirAsia akan meningkatkan aspek kekerapan penerbangan Kuala Lumpur-Istanbul daripada empat kali kepada tujuh kali seminggu menjelang Februari 2027 yang dapat memberi lebih banyak fleksibiliti untuk penumpang selain kemudahan hubungan perjalanan antara kedua-dua rantau.

Woo berkata kerjasama itu akan melibatkan penggunaan pesawat jenis A330.

-- BERNAMA