BERITA TERKINI   MB Perlis Abu Bakar Hamzah digantung keahlian Bersatu selama dua penggal pemilihan parti - Ketua Badan Pimpinan Bersatu Perlis | KP AKPS Mohd Shuhaily didakwa di Mahkamah Majistret Sepang atas dua tuduhan sebabkan kecederaan kepada dua anggota polis | NWE Resources dibuka pada 22 Sen Di Pasaran ACE Bursa Malaysia, premium dua sen daripada harga IPO 20 sen, dengan 22.59 juta saham diniagakan | KP AKPS Mohd Shuhaily tiba di Mahkamah Majistret bagi menghadapi pertuduhan mengasari dua anggota polis | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Kebanyakannya Rendah

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan kebanyakannya rendah pada sesi awal hari ini menjejaki prestasi pasaran tunai.

Pada 9.45 pagi, kontrak Oktober 2026 susut 3.5 mata kepada 1,592.5, November 2026 merosot 1.5 mata kepada 1,594.5, Disember 2026 turun 2.5 mata kepada 1,600.0, manakala Mac 2027 tidak berubah pada 1,585.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,922 lot, manakala kepentingan terbuka berjumlah 40,916 kontrak.

Ad Banner

Selepas 45 minit dagangan, FBM KLCI susut 0.34 mata kepada 1,599.24 berbanding paras 1,599.58 ketika ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner