Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah Menjejaki COMEX AS
KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini menjejaki prestasi niaga hadapan emas yang lebih lemah di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
Pada penutup, kontrak semerta bulan September 2026 susut kepada US$4,419.40 setiap auns troy daripada US$4,477.50 setiap auns troy pada Jumaat, manakala kontrak Oktober 2026 merosot kepada US$4,435.60 setiap auns troy daripada US$4,491.30.
Kontrak November 2026 berkurang kepada US$4,452.50 setiap auns troy daripada US$4,509.70 setiap auns troy, manakala kontrak Disember 2026, Februari 2027 dan April 2027 menyusut kepada US$4,460.30 setiap auns troy daripada US$4,517.50 setiap auns troy sebelumnya.
Jumlah dagangan meningkat kepada 320 lot daripada 302 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 378 kontrak daripada 357 kontrak sebelumnya.
Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,415.40 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association pada 4 September 2026.
-- BERNAMA