BERITA TERKINI   Hari Malaysia: Pengunjung acara bunga api di Tebingan Kuching dinasihatkan pakai pelitup muka susulan fenomena jerebu - Fahmi | Pameran Hari Malaysia 2026 diperluas ke platform digital, sahut saranan PM jadikan MA63 sebagai naratif nasional - Fahmi | Orang ramai termasuk pempengaruh diingat tidak ambil tindakan sendiri terhadap pelarian Myanmar, serah kepada pihak berkuasa - Polis | Pelantikan firma audit bebas selaras saranan Perdana Menteri, SPRM serta Jawatankuasa Khas Hala Tuju 2030 - FELDA | FGV lantik firma audit bebas teliti perkara khusus libatkan sebuah entiti yang mempunyai hubungan korporat dengan kumpulan - FELDA | 

Affin Hwang Mahu Belanjawan 2027 Tingkatkan FDI, Aliran Masuk Modal Asing

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Affin Hwang Investment Bank Bhd berharap Belanjawan 2027 akan memperkenalkan langkah-langkah yang kondusif untuk pelaburan langsung asing (FDI) dan memudah cara lebih banyak aliran masuk modal asing ke Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hanif Ghulam Mohammed berkata sebagai ekonomi yang berorientasikan perdagangan, Malaysia amat bergantung pada aliran perdagangan, menjadikannya penting bagi kerajaan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih mesra pelabur kepada pelabur asing.

“Dari perspektif bank pelaburan, kami mahu melihat belanjawan yang mesra FDI. Kami berharap kerajaan mengambil kira hakikat bahawa ekonomi Malaysia merupakan ekonomi berasaskan perdagangan.

Ad Banner

“Kita banyak bergantung pada pergerakan perdagangan dan kami berharap inisiatif atau belanjawan tersebut akan menjurus ke arah menarik lebih banyak aliran FDI dan memudahkan pelabur asing untuk melabur di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Eurex Futures di sini hari ini.

Belanjawan 2027 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Okt 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner