BERITA TERKINI   PM Anwar tiba di Maldives untuk lawatan rasmi dua hari, disambut Presiden Mohamed Muizzu | Insiden Virgo Transport 8 : Indonesia akan hantar dron penyelam untuk pencarian mangsa - Ketua Basarnas | 

Kerjasama Affin Hwang, Eurex Perluas Akses Niaga Hadapan Eropah Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Affin Hwang Investment Bank Bhd menjalin kerjasama dengan bursa derivatif Eropah, Eurex, bagi memperluaskan tawaran niaga hadapan asing selain turut membuka akses tempatan kepada pelanggan di Malaysia mendapatkan pendedahan ke atas pasaran Eropah.

Ketua Pegawai Eksekutif Affin Hwang Investment Hanif Ghulam Mohammed berkata pasaran Eropah menawarkan sumber pendedahan berbeza kepada ekuiti, kadar faedah serta turun naik pasaran yang membolehkan pelabur mempelbagaikan portfolio serta mengurus risiko secara berkesan.

“Sebagai bank pertama yang melancarkan usaha sebegini, kerjasama dengan Eurex membolehkan kami menawarkan produk lebih pelbagai kepada pelanggan serta pilihan aset pelaburan yang lebih luas,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Niaga Hadapan Eurex di sini, hari ini.

Ad Banner

Hanif juga menyifatkan peningkatan impak risko global dan geopolitik terhadap pasaran tempatan hanya membuktikan lagi kepenting usaha mempelbagaikan portfolio.

Perkembangan di luar negara, termasuk di Asia Barat dan Amerika Syarikat (AS), berkemungkinan memberi impak langsung ke atas pasaran Malaysia dan portfolio pelabur.

“Eurex memberi peluang kepada pelanggan untuk meluaskan lagi portfolio pelaburan ke pasaran saham Eropah atau bon kerajaan Eropah.

Ad Banner
Ad Banner

“Pada masa sama, membantu mengurus risiko dan mengelakkan tumpuan pelaburan terlalu tinggi dalam pasaran Malaysia atau Asia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jualan Asia Pasifik Eurex Mathieu Fuhrmann berkata akses kepada penanda aras Eropah dan global menjadi semakin penting ketika pelabur berusaha meluaskan portfolio dengan melangkaui pasaran domestik dan AS.

“(Sehubungan itu) kerjasama kami dengan Affin Hwang membolehkan pelabur Malaysia yang layak, mendapat akses tempatan terhadap bursa derivatif Eurex. Ini menawarkan mekanisme tambahan bagi mempelbagaikan pendedahan, mengurus risiko dan memanfaatkan peluang di serata pasaran global,” katanya.

-- BERNAMA