BERITA TERKINI   Najib jalani hukuman tahanan rumah hingga 23 Ogos 2028 bagi kes SRC dan kembali ke Penjara Kajang pada 24 Ogos tahun sama untuk kes 1MDB  | PRN Melaka: Ahmad Zahid harap peratusan keluar mengundi Sabtu ini lebih tinggi berbanding undi awal | TPM Ahmad Zahid hargai sumbangan Loke, sifatkan beliau seorang berprinsip | Anthony Loke letak jawatan Menteri Pengangkutan berkuat kuasa serta-merta | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Isnin sejajar dengan pasaran tunai pendasar. 

Kontrak September 2026 dan Oktober 2026 masing-masing meningkat sebanyak lima mata kepada 1,671.5.

Kontrak Disember 2026 menokok empat mata kepada 1,677.0, dan kontrak Mac 2027 naik 1.5 mata kepada 1,658.5.

Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan merosot kepada 5,973 lot daripada 7,461 pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka berada pada 45,545 kontrak, susut daripada 46,188 sebelumnya.  

Pada 5 petang, FBM KLCI melonjak 11.27 mata untuk ditutup 0.66 peratus lebih tinggi pada 1,698.01 mata berbanding 1,686.74 ketika ditutup pada Jumaat. 

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner