BERITA TERKINI   Malaysia sertai BRICS bukan untuk tentang blok lain, mahu sistem lebih adil - Anwar | Gempa bumi bermagnitud 6.2 melanda barat laut Pulau Morotai, Maluku Utara, tiada ancaman tsunami - Agensi Meteorologi Indonesia | Hari Malaysia: Pengunjung acara bunga api di Tebingan Kuching dinasihatkan pakai pelitup muka susulan fenomena jerebu - Fahmi | Pameran Hari Malaysia 2026 diperluas ke platform digital, sahut saranan PM jadikan MA63 sebagai naratif nasional - Fahmi | Orang ramai termasuk pempengaruh diingat tidak ambil tindakan sendiri terhadap pelarian Myanmar, serah kepada pihak berkuasa - Polis | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Jejaki Penurunan Prestasi COMEX AS

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki penurunan niaga hadapan emas di Bursa Komoditi Amerika Syarikat (US COMEX).

Pada penutup, kontrak bulan semerta September 2026 susut kepada US$4,295.50 setiap auns troy daripada US$4,353.50 setiap auns troy pada Jumaat lepas, manakala Oktober 2026 turun kepada US$4,310.80 setiap auns troy daripada US$4,368.70.

Kontrak November 2026 susut kepada US$4,326.60 setiap auns troy daripada US$4,384.00, manakala Disember 2026, Februari 2027 dan April 2027 masing-masing turun kepada US$4,334.40 setiap auns troy berbanding US$4,391.80 sebelum ini.

Ad Banner

Jumlah dagangan berkurangan kepada 302 lot daripada 413 lot pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka susut kepada 358 kontrak daripada 469 kontrak.

Harga emas fizikal pada US$4,368.25 setiap auns troy berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market Association (LBMA) pada 11 Sept, 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner