BERITA TERKINI   Menteri Besar tiada kuasa secara unilateral untuk tamatkan atau kosongkan jawatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan - Ismail Lasim | MoU pertahanan dan hal ehwal Islam Malaysia-Maldives bakal perluas kerjasama keselamatan maritim, latihan, halal, wakaf dan haji – PM Anwar | Maldives, Malaysia tegaskan sokongan terhadap penentuan nasib sendiri dan kemerdekaan Palestin - Presiden Muizzu | Jana Wibawa: Muhyiddin bebas satu tuduhan salah guna kedudukan dan tiga kes pengubahan wang haram, berdepan tiga lagi tuduhan salah guna kedudukan | PM Anwar gesa penyelesaian segera isu penjagaan kesihatan jejas rakyat Maldives di Malaysia, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI  | 

Pasaran Getah Ditutup Lebih Rendah

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih rendah pada Selasa, dibebani oleh prestasi niaga hadapan getah serantau yang lebih lemah, kata seorang peniaga. 

Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun susut bagi sesi kelima berturut-turut, dipengaruhi oleh permintaan tayar yang lebih lemah di China dan pembetulan teknikal selepas harga gagal melepasi paras tertinggi baru-baru ini, walaupun harga minyak meningkat. 

Ad Banner

Peniaga itu menambah bahawa sentimen pasaran seterusnya menerima tekanan oleh data ekonomi China yang bercampur-campur, jangkaan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) dan ketegangan geopolitik di Asia Barat yang kembali memuncak.

“Ekonomi China terus berdepan permintaan domestik yang lemah pada Ogos, dengan kemerosotan berpanjangan dalam sektor hartanah yang menjejaskan pertumbuhan ekonomi, manakala pengeluaran perindustriannya meningkat sebanyak 5.2 peratus tahun ke tahun pada Ogos, iaitu meningkat 4.5 peratus pada Julai dan melebihi jangkaan,” katanya kepada Bernama. 

Bagaimanapun, penurunan dihadkan oleh peningkatan harga minyak mentah, dan kebimbangan mengenai kemungkinan gangguan bekalan getah asli akibat prospek El Niño yang semakin kukuh. 

Ad Banner
Ad Banner

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 merosot 9.5 sen kepada 967 sen sekilogram, manakala lateks pukal berkurang 0.5 sen kepada 710 sen sekilogram. 

Pasaran getah akan ditutup pada Rabu, 16 September, bersempena dengan Hari Malaysia dan bakal beroperasi semula pada keesokan harinya.

-- BERNAMA