BERITA TERKINI   Permintaan puncak harian mencapai 21,949 megawatt pada 9 September, iaitu 4.7 peratus lebih tinggi berbanding purata Ogos - Akmal Nasrullah | Kenaikan harga arang batu memberi kesan secara langsung kepada kos penjanaan elektrik - Akmal Nasrullah | Sumber bahan api utama menunjukkan tekanan harga yang lebih tinggi pada September berbanding Ogos, khususnya minyak mentah dan LNG - Akmal Nasrullah | Kerajaan pastikan rantaian bekalan domestik terus berfungsi, bekalan keperluan asas mencukupi dan tekanan kos global tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global telah beralih kepada fasa mengurus risiko ekonomi yang dijangka berterusan daripada fasa mengurus kejutan sementara - Akmal Nasrullah | 

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Bercampur-campur

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat dalam niaga hadapan getah serantau yang lemah dan harga minyak mentah yang rendah, kata peniaga.

Setakat ini, harga minyak mentah Brent menurun 2.09 peratus kepada US$102.60 setong.

Ad Banner

Beliau berkata niaga hadapan getah serantau yang lemah dan harga minyak mentah yang rendah memberi impak kepada harga tetapi sebahagiannya diimbangi oleh harga getah fizikal Thailand yang kukuh, keadaan pasaran tenaga kerja Amerika Syarikat (AS) yang berdaya tahan dan penangguhan tarif baharu AS ke atas barangan China.

“Harga fizikal Thailand yang kukuh didorong oleh inventori yang rendah dan aktiviti menambah stok yang meningkat di kilang pemprosesan.

“Sementara itu, pasaran tenaga kerja AS yang berdaya tahan menyokong sentimen, dengan tuntutan pengangguran awal menurun kepada 196,000 (pada minggu berakhir 12 September), di bawah unjuran 208,000,” katanya.

Ad Banner

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) menurun 8.5 sen kepada 977.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat dua sen kepada 717 sen sekilogram.

-- BERNAMA