Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Khamis.

Pada 9.43 pagi, kontrak September 2026 dan Mac 2027, masing-masing menurun 3.0 mata kepada 1,662.0 dan 1,651.0, Oktober 2026 berkurangan 1.0 mata kepada 1,662.0 dan Disember 2026 merosot 2.0 mata kepada 1,667.0.

Jumlah dagangan sebanyak 2,291 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 41,651 kontrak.

Ad Banner

Pada 9.46 pagi, FBM KLCI menurun 0.73 mata kepada 1,675.70 daripada 1,676.43 semasa ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA

Ad Banner