BERITA TERKINI   Piala ASEAN FIFA: Bangladesh 0-3 Malaysia | Pengarah filem terkenal Tan Sri L. Krishnan meninggal dunia pada usia 103 tahun di Chiang Mai pada Khamis: keluarga | SPRM akan serah notis pengisytiharan harta kepada Datuk Seri Saravanan, isteri dan tiga anaknya Isnin ini - KP SPRM | Tokoh perfileman negara Tan Sri L. Krishnan meninggal dunia semalam di Chiang Mai, Thailand pada usia 104 tahun - KPE FINAS | Malaysia tamatkan penantian 36 tahun raih emas acara regu berpasukan lelaki sepak takraw Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 | 

Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi Dipacu Oleh Data Ekonomi AS Yang Lebih Kukuh

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Jumaat, dengan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang positif dan prospek automotif AS yang menggalakkan menyokong sentimen pasaran, di tengah-tengah niaga hadapan serantau yang bercampur-campur, kata seorang peniaga.

Peniaga itu memberitahu Bernama bahawa keadaan pasaran buruh AS yang berdaya tahan telah memacu sentimen pasaran, dengan jumlah tuntutan awal faedah pengangguran menyusut sebanyak 1,000 kepada 197,000 pada minggu berakhir 19 September.

Ad Banner

“Prospek sektor automotif AS yang lebih kukuh menyokong sentimen permintaan, dengan unjuran jualan kenderaan baharu bagi sepanjang tahun 2026 dinaikkan kepada 16.1 juta unit, manakala jualan September dijangka meningkat 6.5 peratus tahun ke tahun,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kenaikan dihadkan oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS, penurunan pengeluaran dan permintaan tayar di China menjelang cuti panjang, serta peningkatan inventori Bursa Niaga Hadapan Shanghai. 

Pada 3 petang, Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat empat sen kepada 1,040 sen sekilogram (kg), manakala lateks pukal kekal tidak berubah pada 730.5 sen sekilogram. 

Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA