BERITA TERKINI   Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke IJN semalam untuk pemerhatian - Mokhzani | Mahkamah: Bekas Pengarah Besar FELDA Datuk Faizoull Ahmad mengaku tidak bersalah tuduhan memperdaya surat kuasa wakil bagi tukar hak milik 16 bidang tanah di Jalan Semarak | 

Belanjawan 2027 Peluang Perkukuh Kerjasama Kerajaan-industri Dalam AI - AWS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Belanjawan 2027 menawarkan peluang untuk memperkukuh kerjasama antara kerajaan dan industri serta meningkatkan keupayaan kecerdasan buatan (AI) Malaysia, menurut syarikat Amazon.com, Amazon Web Services (AWS).

Pengurus Negara AWS Malaysia Hussein Mohd Ali berkata kerajaan telah mengenal pasti AI sebagai sektor pertumbuhan di bawah aspirasi ‘Made by Malaysia’.

Ad Banner

Merapatkan jurang itu memerlukan hala tuju kerajaan, kepakaran industri dan usaha perniagaan untuk memanfaatkan kedua-duanya.

“Belanjawan 2027 merupakan peluang untuk memperkukuh kerjasama tersebut,” katanya kepada Bernama.

Menurut laporan AWS bertajuk, ‘Unlocking Malaysia’s AI Potential 2026’, kadar penggunaan AI di Malaysia meningkat kepada 38 peratus daripada 27 peratus dalam tempoh setahun berdasarkan kajian AWS yang melibatkan 1,000 peneraju perniagaan.

Ad Banner
Ad Banner

Ini menjadikan jumlah perniagaan yang menggunakan AI lebih 3.4 juta.

Hussein berkata sebanyak 57 peratus perniagaan di Malaysia mendapat keupayaan AI mereka daripada perunding luar manakala 69 peratus menyatakan bahawa penyedia perisian tempatan adalah lebih penting bagi penggunaan AI mereka berbanding platform asasnya.

Katanya dasar yang menyokong keutamaan ini, termasuk insentif perolehan, mekanisme pelaburan bersama dan program inkubasi dapat membantu memperkukuh ekosistem AI tempatan dan mempercepat penggunaannya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan, dijadualkan membentangkan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober.

-- BERNAMA