BERITA TERKINI   Konflik Asia Barat: Malaysia, Qatar senada perang mesti dihentikan, bantuan kemanusiaan disegerakan dan ikhtiar damai diperkukuh - PM Anwar | Malaysia terus dukung usaha diplomatik bersama Qatar, rakan serantau untuk keamanan berkekalan - PM Anwar | Malaysia dan Qatar senada perang mesti dihentikan - PM Anwar | Harga petrol RON97, RON95 tanpa subsidi turun 5 sen, diesel tanpa subsidi turun 15 sen bagi tempoh 1 hingga 7 Okt - MOF | Seramai 3,524 pelarian Myanmar telah dipersetujui bersama Myanmar untuk dihantar pulang pada fasa kedua - Fahmi | 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Susulan Kebimbangan Gangguan Bekalan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi hari ini, menjejaki kenaikan pasaran niaga hadapan getah serantau dalam keadaan kebimbangan mengenai gangguan bekalan, kata peniaga.

Beliau berkata cuaca buruk di Thailand mencetuskan kebimbangan terhadap bekalan berikutan hujan lebat dan banjir yang menjejaskan 26 wilayah sejak 16 September.

Ad Banner

“Ribut petir yang lebih buruk diramalkan berlaku pada 4 hingga 5 Oktober, yang berpotensi menjejaskan aktiviti menoreh,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata aktiviti pembuatan China yang semakin baik menyokong sentimen pasaran, dengan indeks pengurus pembelian (PMI) pembuatan rasmi dan PMI pembuatan sektor swasta menunjukkan aktiviti kembali berkembang pada September.

Bagaimanapun, menurutnya kenaikan itu sebahagiannya dihadkan oleh pengukuhan ringgit berbanding dolar AS, keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) yang berkurangan, jumlah kekosongan pekerjaan di AS yang menyusut serta jangkaan yang semakin meningkat terhadap kenaikan kadar faedah AS.

Ad Banner
Ad Banner

Pada 3 petang, Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat 44.5 sen kepada 1,055 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 2.5 sen kepada 740 sen sekilogram.

-- BERNAMA