BERITA TERKINI   SPRM sahkan tahan reman dua tokoh korporat adik-beradik, sita kereta mewah dan motosikal kuasa tinggi | Malaysia-Singapura sasar meterai perjanjian dua hala bagi inisiatif Pemerangkapan dan Penyimpanan Karbon (CCS) pada suku keempat tahun ini - Akmal Nasrullah | Mesyuarat pertama Jawatankuasa Menteri Kerjasama Johor-Singapura diadakan pada 2 November ini di Singapura - Akmal Nasrullah | 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Khamis dalam keadaan tekanan jualan yang berterusan, sejajar dengan prestasi Wall Street semalaman yang bercampur-campur dan berhati-hati.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 20.81 mata atau 1.26 peratus kepada 1,630.36 daripada 1,651.17 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran yang dibuka rendah 1.30 mata kepada 1,649.87 bergerak antara 1,630.10 dan 1,649.87 sepanjang sesi dagangan.

Ad Banner

Pasaran secara menyeluruh negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 750 berbanding 342 manakala 495 kaunter tidak berubah, 1,186 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 3.1 bilion unit bernilai RM2.7 bilion daripada 3.63 bilion unit bernilai RM3.62 bilion pada Rabu.

Pengarah Strategi Pelaburan dan Ahli Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata sentimen pasaran berhati-hati, didorong oleh aktiviti pembuatan domestik yang lembap dan jualan berterusan oleh pelabur asing.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata momentum sektor pembuatan yang lembap dan peralihan portfolio dalam pasaran global terus memberi tekanan kepada indeks petunjuk pasaran, dengan permintaan institusi domestik kekal sebagai pengimbang penting terhadap aliran keluar asing yang berterusan.

Terdahulu, Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Malaysia S&P Global yang diselaraskan mengikut musim menurun di bawah paras neutral 50.0 kepada 49.9 pada September daripada 50.2 pada Ogos, mencatatkan penurunan pertama dalam tempoh empat bulan selepas meningkat secara berterusan.

Pada peringkat serantau, PMI Pembuatan ASEAN S&P Global menurun kepada 52.1 pada September daripada 52.3 pada Ogos. 

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menurun empat sen kepada RM9.95, Public Bank berkurangan tiga sen kepada RM4.67 dan CIMB merosot 10 sen kepada RM7.69. Tenaga Nasional menyusut enam sen kepada RM12.90 dan IHH Healthcare menurun 13 sen kepada RM7.70.

Dalam dagangan aktif, Zetrix AI meningkat setengah sen kepada 16.5 sen, VS Industry merosot satu sen kepada 27 sen dan Jaks Resources berkurangan 2.5 sen kepada 18 sen. GB Bond yang mula disenaraikan di Pasaran ACE menurun 4.5 sen kepada 20.5 sen dan HHRG naik setengah sen kepada 16.5 sen.

Kaunter paling untung ialah Malaysian Pacific Industries melonjak 72 sen kepada RM41.12, Ayer Holdings meningkat 20 sen kepada RM7.70, Riverview Rubber Estates naik 12 sen kepada RM3.02, Dutch Lady Malaysia Industries menambah 10 sen kepada RM30 dan Vitrox menokok sembilan sen kepada RM10.

Kaunter paling rugi termasuklah Kuala Lumpur Kepong menurun 78 sen kepada RM21.42, Allianz Malaysia merosot 62 sen kepada RM21.00, United Plantations berkurangan 60 sen kepada RM30.96,  Fraser & Neave dan Hong Leong Industries, masing-masing menyusut 32 sen kepada RM21.42 dan RM16.14.

Di papan indeks, Indeks FBM Mid70 berkurangan 215.69 mata kepada 17,358.98, Indeks FBM Emas merosot 148.48 mata kepada 12,143.53 dan Indeks FBM Top 100 menurun 151.29 mata kepada 11,933.15.

Indeks FBM Emas Shariah menyusut 163.34 mata kepada 12,013.01 dan Indeks FBM ACE merosot 51.31 mata kepada 5,482.97.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menurun 2.68 mata kepada 177.73, Indeks Tenaga berkurangan 10.69 mata kepada 454.03, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 155.58 mata kepada 19,060.91 dan Indeks Perladangan jatuh 170.10 mata kepada 9,026.57.

Jumlah dagangan Pasaran Utama menurun kepada 1.82 bilion unit bernilai RM2.42 bilion daripada 2.23 bilion unit bernilai RM3.28 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran berkurangan kepada 618.78 juta unit bernilai RM72.71 juta daripada 887.74 juta unit bernilai RM138.36 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 650.13 juta unit bernilai RM226.92 juta daripada 510.54 juta unit bernilai RM201.45 juta semalam.

Kaunter barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 225.90 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (404.80 juta), pembinaan (256.48 juta), teknologi (426.14 juta), perkhidmatan kewangan (69.01 juta), hartanah (133.11 juta), perladangan (25.25 juta), amanah pelaburan hartanah (12.87 juta), dana tertutup (16,100), tenaga (81.78 juta), penjagaan kesihatan (56.01 juta), telekomunikasi dan media (49.21 juta), pengangkutan dan logistik (52.50 juta), utiliti (36.12 juta) dan amanah perniagaan (60,200).

-- BERNAMA