BERITA TERKINI   Kerajaan Johor sedia teliti keperluan asas sekolah bagi tingkatkan keselamatan susulan kes kematian pelajar di Yong Peng - MB | Penggunaan AI, ekonomi digital perlu keseimbangan elak isu sosial - Fahmi | Tiada keperluan isi kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Petaling Jaya – Pengerusi SPR | Cadangan keanggotaan Majlis Perkhidmatan Parlimen akan dipertimbangkan pada 13 Okt ini - Azalina | Kerjasama FINAS-Jabatan Insolvensi perluas akses penggiat industri kreatif kepada perkhidmatan insolvensi, bantuan guaman dan mediasi - Azalina | 

Kedudukan Kewangan Isi Rumah Kekal Berdaya Tahan Hadapi Risiko Asia Barat -- BNM

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menyifatkan kedudukan kewangan isi rumah secara amnya kekal berdaya tahan, disokong oleh keadaan pasaran tenaga kerja Malaysia yang stabil.

Bank pusat itu memaklumkan pendekatan dasar-dasar domestik, termasuk langkah kerajaan meningkatkan bantuan tunai turut membantu mengekang impak daripada kenaikan kos global terhadap harga pengguna domestik.

“Ini telah mengehadkan impak terhadap kuasa beli rumah serta keupayaan mereka bagi membayar balik hutang. Kualiti pinjaman isi rumah kekal secara amnya adalah stabil.

Ad Banner

“Walaupun kos lebih tinggi, gangguan bekalan dan peningkatan turun naik pasaran telah memberi kesan kepada perniagaan dan isi rumah, impaknya terhadap kestabilan kewangan Malaysia kekal terkawal,” maklum BNM dalam rencana bertajuk "Beyond Oil: From Geopolitical Conflict to Financial Stability Risk," hari ini.

Menjelaskan selanjutnya, BNM memaklumkan berdasarkan indikator bulan tertunggak (MIA), kadar nisbah MIA-2 dan MIA-3 yang memaparkan tekanan bayaran balik lebih serius, mencatat peningkatan kecil manakala nisbah MIA-1 menyederhana secara ketara dalam tempoh sama.

“Keadaan ini menunjukkan tiada peningkatan secara meluas dalam kesukaran pembayaran balik membabitkan isi rumah,” maklum BNM.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada masa sama, permintaan bagi bantuan bayaran balik juga secara amnya kekal stabil.

Secara kolektif, maklum bank pusat itu, kesemua indikator berkenaan menunjukkan bukti terhad bahawa konflik di Asia Barat memberi kesan ketara terhadap kemampuan isi rumah membuat bayaran balik hutang masing-masing.

Bagi kemajuan masa depan, BNM menyatakan indikator di peringkat mikro itu menunjukkan sebahagian besar peminjam dalam kalangan isi rumah berada dalam kedudukan baik untuk menghadapi kejutan yang berpotensi berlaku.

-- BERNAMA