BERITA TERKINI   Kerajaan lulus secara prinsip usul memperkasa Mahkamah Syariah, akan rujuk Majlis Raja-Raja- PM Anwar | Jangan sorok kes buli, salah laku disiplin semata-mata mahu menjaga nama baik sekolah - PM Anwar | Aspek pendidikan, keselamatan anak-anak di sekolah adalah tanggungjawab bersama ibu bapa dan warga pendidik - PM Anwar | PM Anwar mahu tindakan cepat dan tegas diambil terhadap sebarang kes yang mengancam keselamatan pelajar di sekolah | Malaysia negara pertama berjaya menghantar pulang tahanan Myanmar ke negara asal - PM Anwar  | 

Bacaan Kedua RUU Perbekalan 2027 Akan Dibentangkan Jumaat Ini

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 (Belanjawan 2027) akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Jumaat ini, jam 3.30 petang.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata RUU berkenaan dibentangkan untuk bacaan kali pertama hari ini, selepas selesai sesi soal jawab lisan.

Sesi perbahasan Belanjawan 2027 bagi peringkat dasar dijadual berlangsung selama lapan hari, dari 12 hingga 22 Okt ini, diikuti sesi jawapan oleh menteri dari 26 hingga 29 Okt.

Ad Banner

Perbahasan di peringkat jawatankuasa pula akan bermula pada 2 hingga 26 Nov.

Belanjawan 2027, yang akan dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan belanjawan kelima di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI yang dibentuk pada 2022.

Belanjawan 2027 yang bertemakan “Malaysia MADANI: Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi” itu juga merupakan belanjawan kedua di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA