Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Rabu.
Pada 10.01 pagi, kontrak Oktober 2026 menurun 17.50 mata kepada 1,611.0, November 2026 berkurangan 14.0 mata kepada 1,616.0 dan Disember 2026 menyusut 13.50 mata kepada 1,622.0.
Kontrak Mac 2027 merosot 15.50 mata kepada 1,605.0.
Jumlah dagangan sebanyak 2,807 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,255 kontrak.
Pada 10.02 pagi, FBM KLCI menurun 16.97 mata kepada 1,616.38 daripada 1,633.35 semasa ditutup pada Selasa.
-- BERNAMA