BERITA TERKINI   Tunggakan bayaran balik pinjaman untuk projek infrastruktur asas kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM8.084 bilion setakat 31 Dis tahun lepas - Chin Tong |  Kategori peminjam yang mencatatkan tunggakan pinjaman tertinggi adalah syarikat iaitu 62 peratus dan diikuti kerajaan negeri sekitar 32 peratus - Chin Tong  | Jerebu: PdPR dilaksanakan ikut kesesuaian, ambil kira faktor keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid - KPM | Jerebu: Institusi pendidikan di daerah Batu Pahat, Johor ditutup sementara bermula hari ini sehingga keadaan kembali selamat - KPM | Arahan henti aktiviti di luar bilik darjah termasuk keramaian dan sukan serta-merta di kawasan bacaan IPU lebih 100 - KPM | 

ECRL Semakin Hampir Beroperasi, Ahli Lembaga Pengarah Mrl Nilai Kesiapsiagaan Sistem

KUALA LUMPUR, 7 Okt -- Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) mencatat satu lagi perkembangan positif dalam persediaan menuju pengoperasian ECRL apabila dua Jawatankuasa Lembaga Pengarah MRL mengadakan mesyuarat masing-masing dalam Comprehensive Inspection Train (CIT) ECRL bagi menilai prestasi perjalanan tren. 

Menurut MRL, Jawatankuasa Kewangan dan Teknikal serta Jawatankuasa Audit, Risiko dan Tadbir Urus Lembaga bermesyuarat sepanjang perjalanan dua hala dari Stesen ECRL Terminal Bersepadu Gombak ke Stesen ECRL KotaSAS, Pahang, semalam bagi memberi peluang kepada pihak terlibat menilai sendiri prestasi perjalanan dan perkembangan semasa projek dalam keadaan operasi sebenar.

"Perjalanan dari Gombak ke KotaSAS mengambil masa kira-kira 85 minit, satu catatan yang menunjukkan perkembangan yang amat menggalakkan dalam fasa pengujian dan kesiapsiagaan ECRL manakala perjalanan pulang turut mengambil tempoh masa yang sama," maklum syarikat itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Ad Banner

Ketua Pegawai Eksekutif MRL Datuk Seri Darwis Abdul Razak berkata catatan perjalanan 85 minit dari Gombak ke KotaSAS merupakan satu perkembangan yang sangat positif. 

"Pada masa yang sama, ahli Lembaga berpeluang melihat dan merasai sendiri prestasi ECRL sambil melaksanakan tanggungjawab mereka dari sudut kewangan, teknikal, audit, risiko dan tadbir urus," katanya.

Beliau berkata hal ini penting kerana projek itu kini berada pada fasa kritikal peralihan daripada pembinaan kepada operasi. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

"Fokus bukan semata-mata kepada kelajuan atau masa perjalanan, tetapi memastikan keseluruhan sistem selamat, boleh dipercayai dan benar-benar bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.

MRL memaklumkan pihaknya akan terus mempergiat pengujian, pentauliahan dan persediaan operasi bagi memastikan keseluruhan sistem ECRL memenuhi keperluan keselamatan, teknikal serta kawal selia sebelum perkhidmatan dibuka kepada orang ramai.

-- BERNAMA