BERITA TERKINI   Jerebu: Semua JPN, PPD diminta terus pantau keadaan dan ambil tindakan segera sekiranya perlu - Fadhlina | Jerebu: Sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, KL, Putrajaya serta Rompin, Pahang ditutup esok - Fadhlina | Jerebu: Semua sekolah agama di bawah JAIS ditutup sepenuhnya mulai esok, sekolah Islam persendirian disarankan ikut ketetapan - Pengarah JAIS | Jerebu : Semua institusi pendidikan di bawah KPM seluruh Selangor ditutup sepenuhnya mulai esok - JPN Selangor | Kejuaraan Kelab ASEAN 2026/2027: JDT 6-0 PKR Svay Rieng FC | 

Advancecon-ACEN C&i Bekerjasama Tawar Tenaga Bersih Kepada Industri

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Syarikat infrastruktur dan pembinaan Advancecon Holdings Bhd telah bekerjasama dengan ACEN C&I MY Holdings Sdn Bhd untuk menyediakan opsyen tenaga bersih kepada penyewa Silver Valley Technology Park (SVTP) di Ipoh, Perak.

Satu memorandum persefahaman (MOU) telah dibuat antara anak syarikatnya, Advancecon Development Sdn Bhd, pemaju induk SVTP, dan ACEN C&I MY Holdings hari ini.

Pengarah Urusan Advancecon Holdings Phum Boon Eng melalui satu kenyataan hari ini berkata syarikat itu membawa kepakaran infrastrukturnya ke dalam SVTP.

Ad Banner

“Pengilang memerlukan lebih daripada setakat tanah yang siap dibangunkan, mereka memerlukan ekosistem yang membantu mereka berjaya.

“Peranan kami pula adalah untuk menjangka keperluan hari esok dengan menghimpunkan rakan kongsi, teknologi dan keupayaan yang tepat yang memudahkan perniagaan untuk melabur, beroperasi serta berkembang,” kata Phum.

Ketua Pegawai Eksekutif ACEN C&I HK Ltd Kelvin Yuen berkata taman perindustrian adalah pemacu kritikal dalam peralihan tenaga.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Mengintegrasikan penyelesaian tenaga boleh baharu ke dalam reka bentuk asal taman perindustrian adalah paling praktikal untuk mengurangkan kos dan mencapai matlamat ESG dalam jangka panjang.

“Kerjasama kami untuk SVTP memberi peluang ke arah bekerjasama dengan pengguna tenaga industri yang bertanggungjawab bagi memacu keuntungan dan pertumbuhan yang mampan,” katanya.

SVTP merupakan pembangunan industri bersepadu berkeluasan 1,092.65 hektar, dengan fasa pertama seluas 330.22 hektar dibangunkan bersama oleh Advancecon Holdings dan Perak Corporation Bhd.

-- BERNAMA