BERITA TERKINI   BSN dan Agrobank sedia RM270 juta biaya pekerja gig untuk meniaga dan beli rumah pertama – PM Anwar | Belanjawan 2027: Kerajaan tawar insentif caruman padanan PERKESO 70 peratus kepada lebih 200,000 orang bekerja sendiri dalam 17 sektor tidak mandatori | Belanjawan 2027: Pemberian Khas Sabah dan Sarawak: Kerajaan MADANI tingkatkan kadar pemberian khas sebanyak tiga kali, dengan kadar interim terkini berjumlah RM1.5 bilion, bayaran akan dilunaskan sebelum hujung tahun | Belanjawan 2027: Kerajaan tawar insentif caruman padanan PERKESO 35 peratus kepada pekerja e-hailing dan p-hailing, insentif ditingkatkan kepada 50 peratus jika syarikat platform tanggung caruman pekerja | Belanjawan 2027: Median pendapatan bersih pemandu e-hailing dijangka meningkat sehingga RM227 sebulan, manakala pendapatan penghantar p-hailing naik sehingga RM100 sebulan – PM Anwar | 

Orkim Selesai Terima Kapal Orkim Opal, Perluas Armada Kepada 20 Buah Kapal

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Orkim Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Orkim Ambition Sdn Bhd, menyelesaikan Protokol Penyerahan dan Penerimaan bagi kapal Orkim Opal, sekali gus menjadikan jumlah armada kumpulan itu kepada 20 buah kapal dan meningkatkan jumlah kapasiti muatannya sebanyak 5.5 peratus.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Orkim memaklumkan penambahan itu meningkatkan jumlah kapasiti muatan armadanya kepada 267,034 tan berat mati (DWT) daripada 253,036 DWT, di samping meningkatkan jumlah tan armada kapal dagang negara.

Orkim Opal, dahulunya dikenali sebagai MT Rong Yao Wu Zhou, ialah kapal tangki minyak dan bahan kimia Jenis II IMO yang dibina pada 2025 dengan kapasiti muatan 13,998 DWT.

Ad Banner

“Orkim Opal dijangka memulakan operasi komersial pada Oktober 2026 dan menyumbang kepada hasil kumpulan itu sebaik sahaja memulakan operasi,” tambahnya.

Ia merupakan kapal tangki Jenis II IMO yang ketiga milik kumpulan itu, selepas penyerahan kapal Orkim Citrine pada 2025 dan Orkim Garnet pada 2026.

Syarikat itu memaklumkan penambahan kapal berkenaan akan meningkatkan fleksibiliti operasinya bagi memenuhi pelbagai keperluan muatan merentasi pasaran serantau.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Orkim Opal berupaya mengangkut muatan bahan kimia, produk petroleum, minyak boleh dimakan dan bahan api alternatif termasuk bahan api bio, sekali gus menyediakan pilihan untuk kepelbagaian muatan pada masa hadapan, menurut syarikat itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Orkim Kapten Cheah Sin Bi berkata reka bentuk dan saiz Orkim Opal menawarkan fleksibiliti operasi yang luar biasa dalam memenuhi permintaan perkapalan serantau dan domestik.

Ia berkata, ini sekali gus membuka peluang yang besar kepada kumpulan itu memandangkan potensi pendapatan jangka pendek dan nilai aset jangka panjang adalah selari dengan baik.

“Pembelian kapal ini adalah bukti komitmen kami terhadap perkapalan mampan dan usaha mengurangkan jejak alam sekitar, di samping menyokong daya saing jangka panjang kami,” kata beliau.

-- BERNAMA