BERITA TERKINI   Dua wanita maut kereta dinaiki terbakar dalam kemalangan dengan lori di Jalan Yong Peng-Ayer Hitam,Johor petang tadi - Bomba | Piala FA: JDT 4-1 Penang FC | Belanjawan 2027 bukti komitmen kerajaan tangani permasalahan rakyat khususnya golongan M40 - TPM Ahmad Zahid | Belanjawan 2027: Kerajaan setuju naikkan jumlah kelayakan cuti bersalin sepanjang tempoh perkhidmatan kepada 490 hari daripada 360 hari | Belanjawan 2027: Kadar pencen terendah akan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,350 sebulan, manfaatkan hampir 59,000 pesara, veteran ATM dan penerima pencen terbitan | 

​​​​​​​Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi, Jejak Kenaikan Comex

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, menjejaki kenaikan harga di Bursa Komoditi New York (COMEX), Amerika Syarikat (AS).

Pada penutup dagangan, kontrak Oktober 2026 meningkat kepada US$4,196.10 seauns troy daripada US$4,133.50 pada Khamis, manakala kontrak November 2026 naik kepada US$4,212.40 seauns troy daripada US$4,150.10.

Kontrak Disember 2026 meningkat kepada US$4,228.90 seauns troy daripada US$4,166.60 sebelumnya. Kontrak Januari 2027, Februari 2027 dan April 2027 turut meningkat kepada US$4,228.90 seauns troy daripada US$4,166.60 sebelum ini.

Ad Banner

Jumlah dagangan meningkat sedikit kepada 79 lot daripada 77 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 161 kontrak daripada 153 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,124.55 setiap auns troy berdasarkan penetapan petang Persatuan Pasaran Jongkong London (LBMA) pada 8 Okt.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner